MAMI JARUM

 KRITIKAN DEMI KRITIKAN


Aku ingin berkongsi tentang sikap atau konsep pemikiran masyarakat Melayu terutama dikalangan orang tua-tua. Pasti ada sahaja tindakan yang kita lakukan akan menjadi bahan kritikan demi kritikan.

Sebagai contoh aku, abang dan beberapa orang sepupu ketika ini berstatus bujang terlajak, maka ada sahaja orang-orang tua  bersuara dengan bertanya dengan ma atau pak cik atau mak cik tentang bilakah kami akan menamatkan zaman bujang.

Adakah status bujang menganggu hidup mereka?, adakah mereka merasa dengki dengan kebahagian yang kami rasai walaupun hidup sebagai orang bujang tanpa bebanan tanggungjawab keluarga?.

Jika ada anak perempuan yang belum berkahwin pada usia melepasi angka 30, kritikan akan semakin kuat diterima dengan pelbagai andaian yang diberikan seolah-olah kita golongan muda ini tiada sebarang perasaan 'terasa hati'?.

Sekiranya telah mendirikan rumah tangga, pasti tahap kritikan itu akan meningkat darjatnya iaitu bila nak ada anak pula?. Itu biasa terjadi dan aku amat pasti ia suatu tekanan pada pasangan yang usia perkahwinan melepasi tempoh 1-2 tahun.

Ada ketikanya apabila terkena pada anak sendiri, tahu pula marah jika orang lain pula bertanya soal bila nak timang cucu?. Itulah hakikat konsep pemikiran masyarakat Melayu yang bagi aku tidak pernah berubah, ia menyebabkan aku sendiri akan cuba mengelak untuk berjumpa dengan kelompok sebegini.

Jika ditakdirkan, sang suami atau isteri ada masalah kesihatan kesuburan, maka timbul lagi kritikan berikutnya dan yang pastinya menimbulkan rasa terguris di hati pasangan yang menjadi bahan kritikan.

Malah ada yang sanggup mencadangkan agar si suami bernikah seorang lagi atas nama inginkan zuriat, tanpa memikirkan perasaan sang isteri. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa selagi nama lelaki, pasti wujud perasaan menambah isteri lebih dari satu.

Ada juga kritikan merujuk kediaman, sebagai contoh bagi pasangan baru berkahwin, pada awalnya menyewa rumah kecil, kemudian mengkritik mengapa tidak membeli rumah sendiri. Kemudian apabila telah membeli rumah, kritikan yang lain timbul ialah tidak besarkan rumah yang baru sahaja dibeli.

Cuma kadang-kala aku pelik bila kritikan yang diberikan hanya merujuk kepada orang luar, bukan buat ahli keluarga sendiri. Seolah-olah anak-anak sendiri telah elok keadaannya.

Ma aku sendiri pernah menjadi bahan kritikan disebabkan menganggap ma mempunyai pendapatan yang besar merujuk perolehan pencen dari arwah abah dan pencen ma sendiri tanpa mengetahui aku hidup ketika ini kerana ihsan ma melalui pencen abah.

Aku anggap konsep pemikiran yang diperkatakan merupakan bentuk pemikiran 'Mami Jarum'. Sentiasa suka menjaga tepi kain orang lain sehingga kain sendiri yang terselak atau tembus tidak dihiraukan akhirnya menjadi mangsa 'Mami Jarum' yang lain.

Hakikat yang ramai tidak dapat terima iaitu kita semua mempunyai masalah yang berbeza, ada yang mampu atau berjaya melepasi masalah tersebut tetapi ramai juga yang gagal. Oleh disebabkan itu, ramai pasangan muda kini bercerai berai.


Direct Translation 

I would like to share about the attitude or concept of the Malay community, especially among the elderly. Surely there is only one action we take will be the material of criticism after criticism.

For example, my brother and some cousins ​​are currently single bachelors, so there are old people who speak by asking their mother or uncle or aunt about when we will end our bachelorhood.

Is bachelor status interfering with their lives ?, do they feel envious of the happiness we feel despite living as a bachelor without the burden of family responsibilities ?.

If there is an unmarried daughter at the age of over 30, criticism will be more strongly accepted with various assumptions given as if we young people do not have any 'feelings of heart' ?.

If you have set up a household, surely the level of criticism will increase in degree, that is, when do you want to have children ?. That is a common occurrence and I am very sure it is a stress on couples whose marriage age exceeds 1-2 years.

There are times when when it comes to your own child, you know how angry it is when other people ask the question when do you want to have a grandchild ?. That is the essence of the concept of the Malay community has not changed for me, cause I own it will try to avoid to meet with these groups.

If destined, the husband or wife has fertility health problems, then the next criticism arises and which will definitely cause a feeling of being scratched in the heart of the couple who is the subject of criticism.

In fact, some are willing to suggest that the husband marry another person in the name of wanting children, without thinking about the wife's feelings. Do they not know that as long as the name of the man, there must be a feeling of adding more than one wife.

There is also criticism of referring to housing, for example for newlyweds, initially renting a small house, then criticizing why not buy a home of their own. Then when buying a house, another criticism arises is not to enlarge the newly purchased house.

It's just that sometimes I get weird when the criticism given only refers to outsiders, not to family members themselves. It was as if the children themselves were in good shape.

Ma I myself was once the subject of criticism because I thought ma had a large income referring to the pension income from the deceased abah and ma own pension without knowing I live at this time because of ihsan ma through abah pension.

I think the concept of thought in question is a form of thinking 'Mami Jarum'. Always likes to be the edge of other people's fabric until their own fabric that is stuck or translucent is ignored and eventually becomes the victim of another 'Mami Jarum'.

The fact that many can not accept that we all have different problems, some are able or successfully overcome the problem but many also fail. As a result, many young couples are now divorced.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?