AIDILADHA PKPP 2020

MELAKUKAN IBADAH KORBAN IKUT SOP


Tahun ini,ma mengambil bahagian dalam ibadah korban melalui satu bahagian dari 7 bahagian untuk seekor lembu yang di korbankan. Lembu korban pula disediakan oleh salah seorang anak saudara ma, sebanyak 2 ekor disediakan.

Bahagian ma pada lembu yang pertama, manakala bahagian cik pula pada lembu yang kedua. Di sebabkan Aidiladha kali ini jatuh pada hari Jumaat, segala urusan harus dilakukan sepantas & seringkas mungkin.

Setiap dari kami tidak lupa untuk cuba mematuhi SOP sepanjang proses ibadah korban terutama dari segi tahap kesihatan, penjarakan fizikal serta membasuh tangan. Walaupun hakikat, bagi menjalani proses atau ibadah korban ini memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Kami menggunakan konsep giliran dari segi melapah atau membahagikan daging yang telah siap dilapah kerana semuanya memerlukan tenaga kerja atau kerjasama semua yang terlibat.

Selesai sahaja urusan solat sunat aidiladha, wakil 7 bahagian bagi setiap lembu yang ingin dikorbankan telah berkumpul. Bagi yang biasa menjalani ibadah korban pasti mengetahui prosesnya dari awal.

Awalnya harus dimulakan dengan akad korban di antara tuan lembu dengan mereka yang melakukan ibadah korban, sama ada satu bahagian atau lebih.

Seterusnya, lembu harus cuba dibaring ke tanah & dihadap ke arah kiblat, proses membaringkan lembu merupakan proses yang menarik, hal ini kerana ia bergantung kepada keadaan emosi lembu waktu itu. Jika lembu berada di dalam keadaan baik, sekejap sahaja dah di baringkan.

Jika tidak, sejam belum tentu terbaring, alhamdulillah bagi aku pula sekejap sahaja proses penyembelihan, terus memulakan proses berikutnya iaitu melapah daging untuk dibahagikan kepada 7 bahagian.

Disebabkan kebanyakan pemilik bahagian pada lembu yang sama dengan aku adalah orang muda, proses melapah kami sedikit memakan masa kerana kurang cekap dalam memastikan daging korban dalam keadaan baik.

Tepat pukul 12 tengahari, segalanya selesai. Alhamdulillah, semoga Allah SWT menerima ibadah korban kami iaitu ma untuk tahun ini. In Sha Allah, tahun hadapan mungkin aku atau abang pula melakukan ibadah korban.

Cuma mungkin tahun hadapan, kami akan menjalani ibadah di luar negara, hal ini berdasarkan situasi semasa iaitu kami yang melakukan ibadah, kami juga yang menerima daging ibadah korban.

Aku sedar akan hal tersebut, seolah-olah tiada orang miskin dalam radius aku tinggal sehingga family aku sendiri yang menerima sumbangan daging korban, kita semua sedar & tahu bahawa ibadah korban ini, intipatinya adalah untuk memberi peluang bagi Umat Islam yang tidak mampu, merasai daging sebagai makanan mereka.

Setiap tahun, pasti peti sejuk kecil ma akan dipenuhi dengan sumbangan daging korban sehingga terpaksa menyimpannya dalam tempoh yang lama kerana kami sekeluarga jarang memasak.

Harga satu bahagian korban bagi seekor lembu ketika ini ialah RM600 - RM650, jauh lebih mahal berbanding  kawasan kemboja sekitar bawah RM400 untuk satu bahagian. Ramai yang layak untuk menerimanya lagi berbanding penduduk sekitar aku tinggal.





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?