AKU PEMINJAM PTPTN



Ketika ini, pelbagai perasaan bermain di fikiran aku mengenangkan perjalanan hidup yang sangat mendukacitakan. Ketika angka usia semakin meningkat setiap tahun, nilai hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semakin meningkat.

Seandainya aku tahu begini keadaan hidup, pasti aku tidak akan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan semestinya aku tidak perlu berhutang dengan PTPTN. 

Hakikatnya tempoh masa 14 tahun merupakan satu jangka yang cukup untuk aku mampu menyelesaikan jumlah hutang pinjaman yang dibuat,namun hakikinya sangat menyedihkan, bukan aku hidup melarat cuma hidup tiada matlamat.

Aku percaya ejen nombor ekor atau pengedar dadah lebih hidup bermatlamat berbanding dengan aku ketika ini. Bangun sahaja waktu pagi, pasti sibuk bergerak ke sana - sini untuk mencari pelanggan berbanding aku yang lagak seperti tiada apa-apa.

Dengan sikap lurus bendul aku, sikap jujur aku, sering kali menjadi bahan manusia sekeliling untuk mengambil kesempatan walaupun ada ketikanya memang aku yang bersalah.

Aku harus akui bahawa ujian yang dihadapi kini tidak sekuat mana namun ia membuat emosi aku tidak menentu, sering kali terdetik di hati untuk membunuh diri, menamatkan segala persoalan yang tiada sinar jawapan.

Aku ketika ini bergantung harap pada ibu, jika ibu tiada aku hendak bergantung harap pada siapa?. Apabila memikirkan itu, perasaan ingin membunuh diri sentiasa muncul dalam pemikiran ini walaupun aku tahu ia berdosa.

Aku sentiasa bertanya pada tuhan, mengapa mereka yang berzina, mereka yang tidak solat tetapi tuhan memurahkan rezeki mereka?. Para Ustaz semuanya mampu memberi nasihat sebab bukan mereka yang menanggung beban emosi ini.

Orang lain yang sebaya dengan aku mempunyai banyak kelebihan sedangkan aku mempunyai banyak kelemahan, sedangkan orang jadi ejen judi nombor ekor dengan jual pil kuda mampu hidup senang.

Aku rasa sampai mati tidak mampu menyelesaikan hutang PTPTN yang ditanggung sekarang, walaupun aku ingin membayarnya tetapi kalau setakat faedahnya sahaja untuk apa?.

Aku harap tuhan tidak bersikap kejam terhadap aku selamanya, bukan ingin menjadi jutawan, cukup untuk memberi kain kapan dengan upah menggali kubur aku sendiri nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?