Cerita Hantu Melayu


Hantu merupakan secara umum boleh difahami sebagai makhluk halus yang terdiri dari syaitan, iblis atau jin. Kepercayaan mengenai hantu bukan wujud dalam masyarakat Melayu semata-mata. Ia merupakan asas kepercayaan seluruh dunia terhadap alam ghaib.

Mengapa aku pilih untuk bercerita kisah hantu adalah kerana makhluk tersebut agak banyak bilangannya dikawasan kediaman aku. Bahkan dari aku kecil sehingga dewasa, ia tetap berada di sekitar sini, tidak berpindah bahkan kadang-kala menampilkan diri pada insan terpilih.

Salah seorangnya ialah sepupu aku sendiri, kisahnya apabila selesai berniaga burger sekitar pukul 1 pagi, dia melalui laluan pulang yang jarang digunakan, dijadikan kisah ketika melalui selekoh berdekatan rumah aku. Jelas kelihatan susuk tubuh kanak-kanak kecil di atas rumah jiran aku sendiri yang tiada penghuni.

Pukul 1 -2 pagi, atas bumbung, bukankah pelik melihat susuk tubuh kanak-kanak. Semestinya itu bukan manusia seperti kita, ibubapa mana yang tidak bertanggungjawab membiarkan anak duduk di atas bumbung?.

Kisah lain, melibatkan sepupu aku yang lain, baru pulang bercuti setelah bertugas sepanjang 'PKP' yang lepas, bangun pada pukul 3 pagi, terasa ingin merokok maka melepas hajat di luar rumah. Ketika asyik merokok seorang diri, tertangkap ditelinganya bunyi seperti pintu terbuka. 

Apabila terdengar bunyi sedemikian pada waktu begitu, mata melilau mencari arah bunyi terbabit, tiba-tiba kelihatan kelibat seorang wanita berpakaian putih seolah-olah memandang ke arah cousin dari sebelah dalam rumah yang kosong.

Kisah berikutnya, aku sendiri yang alami iaitu buaian yang terletak di belakang rumah, bergerak sendiri setiap kali memasuki waktu 3 pagi, bahkan cousin aku yang merupakan jiran rumah sebelah pernah melihat bagaimana buaian itu bergerak dengan sendiri.

Kebiasaannya apabila kita menyentuh kisah Hantu, semestinya ia akan mendatangkan perasaan seram, namun bukan semua rasa seram apabila bercakap soal hantu. Di kawasan atuk aku, dikatakan pernah didatangi sekumpulan pencari hantu.

Kebetulan dibelakang rumah atuk aku ada rumpun buluh lama. Dikatakan di dalam rumpun buluh tersebut ada pusu anai-anai dan dalam kepercayaan tahyul melayu, ia dikatakan kediaman kegemaran hantu. Maka kumpulan pencari ini mula melakukan ritual pemujaan, untuk apa? mencari nombor ekor.

Di akhir pencarian, mereka tidak dapat nombor yang dicari tetapi menyebabkan cousin aku pula kerasukan hantu yang dipuja. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku.

Seram campur kelakar bukan?, bukan satu sahaja makhluk di alam ghaib yang tinggal di kawasan ini, cuma alhamdulillah mereka sekadar menzahirkan diri pada mereka rasa harus zahirkan.

Tapi di daerah ini, bukan makhluk ghaib ditakutkan tetapi manusia bersikap hantu yang menakutkan kerana percaya atau tidak HANTU DADAH agak ramai di kawasan atau daerah ini. Semoga Allah SWT melindungi aku sekeluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?