Sembang Warung Kopi

 
Kelmarin aku keluar dari GUA untuk melihat perkembangan manusia sekeliling. Adakah masing sama atau sedikit berbeza, ternyata manusia itu sifatnya suka berada pada situasi selesa walaupun mengundang dosa.

Ketika aku tiba, terdengar inti bicara soal SYURGA dan NERAKA, namun selang seketika mula terdengar bicara nista berkaitan dengan isu politik negara. Pelik bukan?, isu yang sangat berbahaya bagi aku kerana mampu mengubah suasana termasuk emosi yang berbicara dan mendengarnya.

Hampir 90% pelanggan di warung pak cik aku ini terdiri dari kelompok warga emas atau kelompok warga pencen yang gemar menghabiskan masa selepas asar dengan bersembang pelbagai perkara sehingga waktu maghrib tiba.

Maka topik atau isu yang WAJIB menjadi bahan diperbualkan adalah POLITIK, terasa pelik timbul di hati, adakah mereka tidak muak berbicara soal itu?. Adakah mereka tidak sedar, ketika penuh beremosi mengutuk atau menghina pemimpin politik, catatan dosa semakin bertambah sehelai demi sehelai?.

Dari aku kecil sehingga dewasa, apabila topik politik disentuh, kerap kali menimbulkan bencana, apa yang aku cuba sampaikan ialah apabila 2 penyokong parti berbeza berbicara soal politik pasti mendatangkan emosi marah, akhirnya bergaduh.

Hakikat yang kerap rakyat akar umbi lupa bahawa MP di Dewan Rakyat, walaupun bergaduh di media sosial atau arus perdana tetapi apabila berjumpa pasti senyum sahaja.

Memasuki tahun ke-5 aku menjadi pemerhati kelompok warga istimewa di kampung, walaupun sehebat mana pidato yang diberi, hasilnya entah ke mana. Setiap hari, mengutuk, mengkritik kemudian sampai waktu maghrib pulang ke rumah masing-masing.

Waktu yang sama, bilangan pemuda yang terlibat dadah semakin meningkat, bilangan pedatang asing semakin bertambah, bilangan janda semakin meningkat. Di bawa ke mana PIDATO itu?, sedangkan seorang PIDATO yang baik mampu merubah suasana dalam bentuk fizikal.

Adakah tidak takut bicara yang diungkap sehari dengan emosi atau inti yang sama kelak membawa bencana di akhirat nanti?. Ahli politik yang dikutuk juga mendapat pahala percuma akhirnya ke SYURGA manakala kita rakyat bawahan ke NERAKA kerana setiap hari asyik mengata.

Seharusnya situasi sebegini harus diubah dengan sesuatu yang memberi hasil atau faedah untuk orang ramai terutama kelompok orang muda yang masih masak pengalaman masing-masing. Akan tetapi harapan yang diluahkan aku rasa kekal menjadi harapan.

Warga emas atau orang tua di kawasan kediaman aku ini, bagaikan telah menjadi sikap mereka berzaman atau mewarisi budaya hidup nenek moyang. Harus bersembang walaupun tiada faedah yang diperolehi.

Seharusnya apabila berbicara soal politik, ada tindakan atau perancangan dalam memastikan apa yang disembangkan dibuktikan, baru mendapat perhatian orang sekeliling.

Parti Politik terlampau banyak di Malaysia, maka tiada alasan untuk menggunakan kelebihan tersebut demi anak-anak muda kawasan ini, tapi sayang sebaliknya yang terjadi. Masalah sosial bukan hanya melibatkan golongan muda atau belia tetapi turut terheret warga emas atau veteren juga.

Maka kekal bicara kosong, berbicara berjam lamanya tetapi tiada hasil yang dikongsikan bersama. Order segelas air, sembang memakan masa 1-2 jam lamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?