Naik Keretapi

Apabila menjadi seorang pelajar di Universiti luar dari Kelantan. Semestinya jika ada peluang, pasti balik ke Kelantan walaupun masa yang di ambil untuk sampai, agak panjang sekitar 6 hingga 10 jam. 

Sebagai seorang pelajar, pengangkutan awam menjadi pilihan utama. Aku hanya pilihan menggunakan bas atau keretapi. Kebiasaan aku memilih bas tetapi waktu perayaan seperti Aidilfitri atau aidiladha, tiket bas sentiasa sold out.

Aku tiada pilihan selain menggunakan perkhidmatan keretapi ekspress pantai timur. Tempoh perjalanan dari KL ke Kelantan, sekitar 12 jam. Stesen yang terdekat dengan Universiti Malaya ialah KL Sentral. Kebiasaan waktu bertolak dari KL Sentral ke Kelantan pada waktu malam. 

Bagi mereka yang biasa menggunakan perkhidmatan ekspress pantai timur, pasti mengetahui bahawa pihak KTM menawarkan pilihan tempat duduk buat para penumpang. Paling selesa ialah kelas tidur, para penumpang boleh tidur di gerabak yang disediakan seperti katil, ia sangat selesa. Kena dengan harga yang ditawarkan.

Manakala kelas ke-2 dan ke-3, aku tidak nampak perbezaan yang ketara. Jika kelas ke-2 menawarkan TV. Sepanjang perjalanan, agar sukar pada untuk lena sebagaimana menaiki bas,  mungkin disebakan gegaran ketika keretapi bergerak.

Gerabak paling popular setiap kali trip perjalanan di Kelantan ialah gerabak kafetaria, menu yang ditawarkan agar sedap pada pendapat aku. Bayangkan minum teh tarik dan makan bihun goreng dengan view di luar gerabak ialah hutan belantara.

Perkara yang sinonim bila menaiki keretapi ketika aku bergelar pelajar ialah kehadiran penumpang haram ke dalam gerabak. Bagaimana mereka boleh berada di dalam gerabak, di luar pengetahuan aku. Mereka yang menjadi penumpang haram ini, biasanya akan serah diri pada inspektor gerabak dan mungkin dikenakan denda.

Penumpang haram ini, tiada kerusi untuk mereka duduk. Oleh itu, tangga gerabak atau kafe menjadi lokasi untuk mereka lepak panjang perjalanan keretapi tersebut.

Sekitar pukul 2 / 3 pagi, keretapi sampai di stesen Gemas, Johor. Ketika ini, keretapi berhenti seketika bagi proses penukaran kepada gerabak keretapi. Di luar gerabak, ada beberapa orang mak cik yang menjual makanan kepada para penumpang.

Bila selesai sahaja kepala keretapi menukar posisi, siren dibunyikan menandakan bahawa keretapi akan kembali bergerak mengikut arah berlawanan iaitu menuju ke Kelantan.

Selang beberapa jam kemudian, keretapi mula memasuki negeri Kelantan. Ada beberapa stesen di lalui cuma aku tidak mengingati. Apa yang aku ingat ialah aku harus berhenti di Stesen Kuala Krai, bukan stesen Wakaf Baru di Tumpat.

Hal ini, disebabkan tempoh perjalanan ke Ketereh dari Stesen Kuala Krai lebih singkat berbanding aku turun ke stesen  Wakaf Baru. Dari Kuala Krai, aku akan menaiki kereta sewa untuk sampai ke ketereh.

Pada aku, perkhidmatan keretapi di Malaysia masih boleh diperkembangkan terutama dari segi kelajuan keretapi bergerak dari satu station ke station yang lain.

Besar jasa keretapi pada penumpangnya terutama kepada penumpang seperti aku, jika tidak. Beraya di Kuala Lumpur. Aku percaya pihak pengurusan Keretapi akan memperbaharui apa yang diperlukan berdasarkan masa dan keadaan.

I am sure many foreign and local tourists have shared their experiences using the train service for the KL-Kelantan route. Although it takes quite a long time, it promises a different experience from the atmosphere that accompanies passengers along the way. Something must try when visited Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?