TOK GURU

JANGAN SENTUH PERIBADI TOK GURU 


Pada pandangan aku, topik yang sentiasa diperbahaskan oleh masyarakat Melayu adalah berkaitan dengan politik, bagaikan tidak lengkap hidup jika tidak berbicara soal politik. Mungkin disebabkan itu, parti yang bertunjangkan Melayu semakin banyak, seolah-olah bukan ingin menyatu bangsa tetapi memecahkan perpaduan saudara.

Aku harus akui ketika ini, skop pemerhatian aku sangat terbatas kerana faktor kesihatan peribadi dan ibu sendiri. Namun itu bukan penghalang untuk melihat tahap pemikiran rakyat Malaysia apabila menyentuh soal politik tanahair.

Sembang kedai kopi, budaya di Kelantan, walaupun hanya berbekal 2 meja sahaja, masih ada yang datang singgah, secawan kopi, sejambak kata sebelum Magrib tiba. Dari Jeli hingga ke Kuala Krai, dari Kuala Krai hingga ke Kota Bharu. Amat jarang kedai kopi lama kosong tanpa pengunjung setia.

Berbalik kepada pokok cerita, sembang kedai kopi yang sering aku kongsikan, sentiasa berkisar politik negara, analisa demi analisa diberikan tanpa diminta, cuma satu jangan hilang akal dan jiwa bila emosi mengawal minda akal sempurna.

Satu ketika, sedang leka memaki pemimpin negara, tiba-tiba menyentuh hakikat seorang pemimpin negara yang lama meninggalkan dunia iaitu TOK GURU. Si Polan, telah diakui lancangnya berbicara sehingga hadir tiada siapa peduli bicaranya. Namun satu hari, Si Polan ini begitu memalukan sifatnya.

TOK GURU disentuh juga hakikat TOK GURU telah lama tiada, nak aku katakan bodoh tetapi seorang pesara. Akhirnya ada anak muda tidak mampu berdiam tutur kata, dicuit sedikit bicara pemimpin idola Si Polan, terus meroyan seluruh jiwa.

Nasib tidak rebah mencium bumi, tahu marah apabila pemimpin idola dicuit orang maka jangan begitu lancang tutur bicara mengata TOK GURU yang banyak berjasa. Diri sendiri gagal menjadi pemimpin rumah kecil, ingin mengatakan Ulamak Bangsa?.

Aku bukan BERSATU, aku bukan BN, aku bukan PKR, aku bukan PEJUANG. Aku hanya seorang anak lelaki menjadi ibu yang semakin tua, walaupun hutang degree semakin tinggi nilainya.

Walaupun begitu, aku merasa jua jika TOK GURU disentuh bicara terutama soal politik negara. Air yang TOK GURU bacaan ayat suci telah menjadi darah aku sekian lama. Maka jasanya dikenang sampai bila-bila.

Wahai pembicara politik negara, lihat keluarga mu, lihat isteri mu, lihat anak mu. Andai bisa kalian pimpin hingga ke Syurga baru layak berbicara soal pemimpin negara kerana dosa mereka biar Allah SWT Maha menilainya.

Aku kadangkala rasa pelik campur sayu di jiwa, mengapa anugerah Allah disiakan begitu sahaja. Bukankah elok, lidah yang berbicara nista digunakan zikir pada Maha Sempurna?.

TOK GURU, ilmu penuh di dada, berkongsi pedoman buat jiwa dahaga iaitu kita semua, hakikat manusia itu tidak sempurna, paling penting insaf segera. Aku masih ingat sebelum TOK GURU pergi selamanya, sempat memohon maaf pada semua. Bagaimana kita pula?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?