QUARANTINE

 UJIAN APABILA MEMEGANG KUASA MENTADBIR


Isu berkaitan seorang Menteri yang gagal menjalani KUARINTIN selepas pulang dari luar negara telah selesai apabila YB berkenaan meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan dan dikenakan denda sebanyak RM1000.

Menteri terbabit secara sukarela mendermakan wang gajinya selaku selama 6 bulan ke Tabung Covid19. Walaubagaimanapun, disebabkan isu berkaitan dengan Menteri, maka masih wujud kritikan demi kritikan melalui sosial media.

Pada aku, selagi kita bernama manusia, benda yang sentiasa kita lakukan secara sedar atau sebaliknya adalah lalai atau lupa tentang perkara yang seharusnya dilakukan begitu sebaliknya.

Apabila seseorang manusia diuji dengan memiliki KUASA, semestinya keadaan ini mampu mengubah sikap manusia secara semulajadi. Sekiranya Iman yang selama ini begitu kuat di jaga, pasti tewas dengan nafsu apabila memegang kuasa.

Semakin besar KUASA yang dipegang, semakin kuat ujian yang bakal mendatang, sebab itu ia bukan sesuatu membanggakan sekiranya terpilih untuk memegang KUASA dunia.

Secara umumnya, berdasarkan sedikit pengalaman peribadi, melalui KUASA, manusia akan diuji dengan wanita & wang. Sesuatu yang pasti datang jika kita memegang KUASA. Bahkan paling ditakutkan ialah jika sebelum berkuasa kita seorang jaga solat atau ibadah lain, bila berkuasa, kita semakin lupa dengan ibadah yang menjadi amalan harian.

Sesungguhnya ujian KUASA ini sangat berat, ia mampu menyebabkan kita leka dan sentiasa inginkannya, bagi manusia yang berjaya memiliki KUASA, pasti sukar untuk melepaskannya terutama apabila terlalu lama memilikinya.

Bagi aku, ada beza di antara pemimpin memegang KUASA dengan Khalifah memegang KUASA. Jadi buat insan yang terpilih diangkat martabatnya, ke mana diri anda di bawa?, ke arah pemimpin atau Khalifah?.

Hakikat yang sering pemimpin atau khalifah ketika ini lupa bahawa rakyat Malaysia masa sekarang, tidak sama dengan masa lalu, rakyat berani meluahkan apa yang mereka rasa atau alami. Jika tidak, BN tidak akan rebah pada pilihan raya umum yang lalu.

Berbalik pada isu asas penulisan aku pada kali ini, sangat terang lagi bersuluh bahawa memang wujud kesalahan yang dilakukan, sedangkan Perdana Menteri sendiri menjalani proses KUARINTIN.

Sesungguhnya, isu ini masih diperkatakan adalah kerana SIAPA yang telah melakukan kesilapan tersebut. Hakikatnya SIAPA yang menjadikan isu ini selesai sepenuhnya atau menjadi bahan untuk politik terutama blok PH ketika ini sentiasa mencari ruang dan peluang.

Pada pendapat aku, jika awal-awal pendedahan dilaporkan dan pihak terbabit segera keluar Permohonan Maaf, mungkin situasi berbeza, aku melihat sebelum itu senarionya seperti bermain tarik tali.

Cuma pesan aku, seorang sang luncai, jangan kerana PN atau MN akhirnya Kelantan & Terengganu rebah sepenuhnya. Sama-sama kita merenung diri kita sendiri.

Direct Translate

The issue related to a Minister who failed to undergo QUARANTINE after returning from abroad was resolved when the YB apologized for the mistake made and was fined RM1000.

The Minister involved voluntarily donated his salary for 6 months to the Fund. However, due to issues related to the Minister, there is still criticism after criticism through social media.

To me, as long as we are human beings, the thing we always do consciously or otherwise is negligence or forgetting about things that should be done the other way around.

When a human being is tested by having POWER, this situation must be able to change human attitudes naturally. If Iman, who has been so strong in guard, will surely lose with lust when holding power.

The greater the POWER held, the stronger the test that will come, therefore it is not something to be proud of if elected to hold the POWER of the world.

Generally, based on a little personal experience, through POWER, human beings will be tested with women & money. Something will surely come if we hold POWER. Even the most feared is that if before we were in power a guardian of prayer or other worship, when in power, we increasingly forget the worship that is a daily practice.

Indeed, this POWER test is very heavy, it can cause us to be lazy and always want it, for human beings who successfully have POWER, it must be difficult to let go of it, especially when it has been too long.

For me, there is a difference between a leader holding POWER and a Caliph holding POWER. So for the chosen person to be elevated in his dignity, where do you take yourself ?, towards the leader or the Caliph ?.

The fact that leaders or caliphs today often forget that Malaysians today, not the same as in the past, people dare to express what they feel or experience. Otherwise, BN will not collapse in the last general election.

Going back to the basic issue of my writing this time, it is very clear that there are mistakes made, while the Prime Minister himself is undergoing the QUARANTINE process.

Indeed, this issue is still being talked about because of WHO made the mistake. The fact is WHO is making this issue completely resolved or a material for politics especially the PH bloc at this time is always looking for space and opportunity.

In my opinion, if the initial disclosure was reported and the party involved immediately came out with an Apology, maybe the situation was different, I saw before that the scenario was like playing tug of war.

Just my message, a skater, not because PN or MN finally Kelantan & Terengganu completely collapsed. Together we reflect on ourselves.






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?