PARTI BARU TAHUN 2020

PERANAN DALAM SENARIO POLITIK NEGARA

Sesungguhnya tahun 2020, banyak perkara yang terjadi boleh dicatat sebagai sejarah penting negara. Pada pandangan peribadi aku, setiap bulan dalam tahun ini, pasti ada sesuatu peristiwa atau kejadian yang menarik perhatian umum atau Antarabangsa.

Parti baru ditubuhkan lagi, dikatakan inti perjuangan parti ini adalah untuk orang Melayu, ia merupakan parti yang diwujudkan setelah berlaku pepecahan dalam Parti BERSATU Malaysia. Tun Dr. M merupakan peneraju utama dalam penubuhan parti tersebut.

Tun M melantik anaknya sebagai Presiden pertama bagi Parti yang baru ditubuhkan dan diberi nama Parti Pejuang. Nama yang sangat jelas sebagai gambaran dasar penubuhan parti Pejuang pada hemat aku.

Pada pandangan peribadi aku, parti Pejuang masih dalam proses pembentukan atau penyusunan organisasi kepimpinan namun dikatakan telah menarik ramai sokongan untuk menjadi ahli terutama dari ahli Parti BERSATU.

Sememangnya satu hakikat yang harus diterima pandangan peribadi aku iaitu BERSATU wujud, salah satu faktornya adalah Tun M. Sejarah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sudah cukup menarik perhatian rakyat Malaysia menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh Tun M.

Kemudian dikhabarkan pula bekas Menteri Belia & Sukan, YB Syed Siddiq bakal menubuhkan satu lagi parti baru yang berorietasi orang muda. Aku percaya langkah ini merupakan strategik politik yang mendapat restu Tun M.

Aku berpendapat situasi dunia politik tanahair semakin menarik terutama melibatkan orang Melayu itu sendiri. Adakah kewujudan PEJUANG dan Parti Orang Muda menjadi PRU ke-15 nanti bertambah menarik?.

Pada PRU yang lalu, sekadar pandangan aku, kelompok pengundi muda banyak memainkan peranan dalam kemenangan sesebuah parti yang bertanding. Dunia sendiri menjadi saksi bagaimana sebuah Parti yang begitu lama mentadbir negara Malaysia, tumbang sekelip mata sahaja.

Maka aku berpendapat kelompok yang bakal menjadi penentu ini iaitu orang muda harus diberi perhatian khusus maka parti Orang Muda akan ditubuhkan oleh YB Syed Siddiq. Jika berkesempatan, kerajaan bakal mewartakan had umur baru pengundi iaitu dari 21 tahun diturunkan kepada 18 tahun sahaja.

Apabila ia secara rasmi diwartakan, maka AWAS bagi pemimpin veteran yang selama ini sangat gemar memperkotak-katikan pemimpin muda seperti YB Syed Siddiq dalam Dewan Rakyat, peluang untuk kekal di kerusi masing-masing, pada aku 50-50.

Pilihan Parti semakin bertambah kini hanya menunggu waktu memilih, parti mana yang ingin diangkat mentadbir negara ini oleh rakyat Malaysia. Adakah blok PH? atau PN? atau blok baru yang bakal dibentuk?.

Cuma aku bimbang, oleh kerana terlampau sibuk menguruskan arah perjuang parti sehingga terlupa bahawa perjuang utama iaitu perjuangan untuk rakyat. Ketika PKPP dilanjutkan, masih banyak keperluan rakyat harus diperhatikan secara terperinci.

PEJUANG atau Parti Orang Muda, keduanya pasti akan berjaya kerana Tun M merupakan seorang Pakar yang strategik politik tanahair, pasti ketika ini hanya menunggu masa untuk melaksanakan apa yang dirancang. 

Pilihan Umum ke-15 yang aku percaya ketika ini menjadi fokus utama bagi semua parti, walaupun jika kita melihat tempoh matang pentadbiran negara masih panjang, disebabkan kemelut yang terjadi di awal tahun 2020, maka PRU ke-15 dilihat sebagai penyelesaian muktamat bagai segala polemik.

Ketika ini, dikatakan parti-parti yang membentuk Perikatan atau Muafakat Nasional dalam proses rundingan pembahagian kerusi yang bakal dipertandingan. Dengan jumlah kerusi masih sama iaitu 222 kerusi Parlimen, semestinya nisbah pembahagian menjadi fokus utama.

Manakala bagi Pejuang, adakah bakal bergabung dengan PH atau hanya menjadi rakan sekutu dari luar PH, memandangkan situasi ketika ini pada pemerhatian aku mungkin menyukarkan dalam konteks kepercayaan.

Mampukah Pejuang selaku Parti baru memainkan peranan dalam PRU ke-15 nanti?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?