Dosa Mulut

Budaya yang telah lama diamalkan termasuk aku sendiri selama ini, baru kini aku merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak menyihatkan bagi budaya ini. Apakah ia?, budaya berkumpul atau melepak di kedai atau warung kopi selepas waktu asar sehingga waktu magrib.

Hakikatnya budaya lepak kedai kopi merupakan budaya seluruh dunia dari Jepun sehingga Amerika Syarikat. Sebelum sampai ke rumah, para suami akan singgah di gerai atau warung terlebih dahulu untuk minum petang sambil berbual dengan rakan sekerja atau seorang diri.

Cuma bagi pemerhatian peribadi aku, budaya ini mula jadi tidak kena apabila waktunya di isi untuk mengumpat perihal orang lain terutama mengutuk dasar atau polisi kerajaan.

Rata-rata pelanggan di kedai  atau warung kopi berhampiran dengan kediaman merupakan warga emas yang bekerja kampung atau pesara kerajaan. Menjadi rutin kebanyakan mereka untuk sampai ke kedai pilihan selepas waktu solat asar.

Hanya secara kopi atau segelas teh o ais, jika ramai pelanggan telah tiba maka topik sembang akan dimulakan, kalau di warung yang kebiasaan tempat aku lepak, topik politik sentiasa menjadi topik pilihan utama.

Sekiranya tutur kata terungkap oleh mereka yang tidak berpendidikan, aku masih boleh terima tetapi bagaimana jika seorang pesara kerajaan yang terlalu emosi sehingga pelbagai kata-kata terungkap demi memberi gambaran kebencian terhadap seseorang pemimpin politik itu.

Bukankah seharusnya masa yang terluang, di isi dengan sesuatu yang sangat berguna, ketika usia semakin senja, ketika malaikat maut tunggu masa. Ini asyik mengeji, mengutuk orang yang tidak melakukan dosa kepada kita.

Bagi mereka yang masih bekerja, bersembang senja sekadar berehat sambil bertanya khabar kenalan yang masih ada, kerana esok masih untuk meneruskan apa yang ditakdirkan.

Bagi golongan veteran atau warga emas, alasan yang sering digunakan adalah bosan tinggal di rumah sehingga lagak seperti begitu panas aura rumah yang menjadi tempat tinggal. 

Paling mendukacitakan ialah dalam sembang dosa, terkait pula berjudi pula walaupun taruhan hanya seringgit dua namun dosa kekal dosa tambahan pula berjaya mendapat hasil.

Dosa waktu muda belum tentu terhapus kini tiba pula dosa ketika waktu senja, bila pula rasanya terampun kerana kita sedar ia berdosa tetapi melakukannya juga.

Sembang pahala boleh dibuat tetapi sembang dosa juga dibuat pilihan bagaikan pahala kanan terlebih sedangkan kiri beratnya melebihi jua. Akhirnya bagaimana pengakhiran hidup?, hanya sekadar minum petang, sembang senja tetapi bukan berisi tetapi bocor segala bekas pahala.

Seandainya masa masih ada, peluang masih terbuka, sembang dosa harus dihentikan segera. Wahai manusia, wahai bakal penghuni syurga atau neraka.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?