Hilang Kerja

Hakikatnya kesan yang dibawa oleh Pandemik COVid 19 kepada penduduk dunia sangat besar sehingga sukar untuk digambarkan. Aku percaya tiada siapa menyangka bahawa tahun 2020 merupakan tahun penuh dugaan buat kita semua.

Di antara kesan yang terpalit adalah ramai kehilangan sumber pendapatan atau pekerjaan akibat pandemik covid19. Keadaan yang sangat ditakuti oleh setiap manusia di atas muka bumi, memandangkan sebelum penularan Covid 19, keadaan ekonomi dunia sememangnya dalam keadaan tidak stabil.

Bagi memutuskan penularan, boleh dikatakan semua negara termasuk Malaysia mengambil langkah melaksanakan lock down. Langkah yang jika difikirkan sangat drastik tetapi sangat berkesan bagi menampakkan hasilnya yang segera.

90% aktiviti ekonomi terpaksa diberhentikan buat sementara waktu namun ia cukup membuatkan sektor ekonomi kecil atau sederhana menutup operasi sepenuhnya. 

Aku mempunyai seorang rakan, usahawan yang sangat berjaya namun apabila MCO dilaksanakan, segalanya berubah, malah terpaksa survive pasti memastikan operasi syarikat terus berjalan.

Maka kadar pengangguran sehari demi sehari semakin meningkat. Manakala bagi sektor ekonomi gergasi, bagi meneruskan operasi atau menjaga kewangan syarikat, pilihan memberhentikan pekerja terpaksa di ambil.

Maka tidak hairan apabila melihat laporan semasa, dikatakan jumlah rakyat Malaysia yang menganggur kerana pandemik covid19 kini menghampiri nilai 1 juta penganggur.

Kadar pengangguran akan terus meningkat jika lepasan graduan di seluruh IPTS/IPTA dihitung bersama. Persaingan semakin sengit dan mencabar.

Langkah kerajaan memperkenalkan monotorium bayaran balik boleh dikatakan sedikit membantu rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan. Namun tempohnya dikatakan semakin hampir ke penghujung.

Aku cuba membayangkan kesan sekiranya kemudahan monotorium dihentikan, bagaimana keadaan rakyat Malaysia yang masih gagal mencari peluang pekerjaan baru?. Dalam waktu yang sama, harus menyelesaikan bayaran balik kepada bank seperti bayaran rumah, kereta dsbnya.

Adakah kita bakal menyaksikan situasi semakin ramai rakyat Malaysia berstatus muflis kerana gagal melunaskan bayaran balik dengan pihak bank?. Aku masih menaruh harapan bahawa pihak kerajaan ketika ini, pasti berusaha membantu rakyat.

Kejadian juruterbang membunuh diri akibat tekanan hidup selepas dibuang kerja merupakan kesan yang terjangka pada pendapat aku, cuma dibimbangi ia bukan kes terakhir yang terjadi dikalangan rakyat Malaysia.

Sesungguhnya kesan dari penularan wabak covid19 memang dasyat, ia bukan sahaja mengundang bencana kesihatan tetapi juga bencana ekonomi. Malaysia semestinya tidak terkecuali.

Kita harus sama-sama berusaha dan berdoa semoga ekonomi negara kembali pulih dan penularan covid19 dapat dihentikan sepenuhnya walaupun vaksin masih belum berjaya ditemui oleh para sainstis dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?