Kesan Pandemik Terhadap Rakyat

Malaysia kini sedang mengharungi gelombang ke-3, penularan pandemi covid19. Negeri Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan merupakan kawasan yang terjejas teruk pada gelombang kali ini.

Daerah-daerah yang dinyatakan telah dikenakan PKPB / PKPD bagi mengekang penularan pandemik Covid19 menjadi lebih teruk.

Persoalan yang bermain difikiran aku ketika ini ialah apabila berlaku penularan baru sehingga terpaksa melaksanakan PKPB atau PKPD, siapa lebih terkesan?, pemimpin atau rakyat?.

Semestinya rakyat paling terkesan, ia dapat dibuktikan berdasarkan laporan kadar rakyat Malaysia yang menganggur semakin meningkat dengan mendadak.

Banyak IKS terpaksa menutup operasi kerana kekangan kewangan operasi walaupun pihak kerajaan ketika ini, dilihat cuba membantu dengan pelbagai cara yang mampu.

Paling menyedihkan bila pandemik menyebabkan kes kemurungan dikalangan rakyat Malaysia meningkat. Berdasarkan laporan hmetro dan awani.

Rakyat hilang pekerjaan, kemudian cuba berniaga kecil-kecilan bagi menampung kos perbelanjaan keluarga tetapi harus berhenti kerana PKPB/PKPD yang dilaksanakan.

Aku rasa tiada laporan menyiarkan tentang pemimpin mengalami tekanan yang sama seperti rakyat sedang rasai ketika ini. 

Aku merasai bahawa ketika ini rakyat sedang berjuang demi hari-hari yang mendatang kerana keadaan telah jauh berbeza.

Walaupun kerajaan menyarankan melakukan kerja atau perniagaan secara atas talian, tetapi bukan semua perkhidmatan atau pekerjaan boleh dilakukan secara atas talian.

Maka diharapkan segelintir pemimpin yang sangat ketara inginkan kuasa, berehat sejenak dan fokus dalam membantu rakyat yang ketika ini sangat terkesan.

Walaupun ada laporan berkenaan dengan penghasilan vaksin, namun ia masih diperingkat kajian keberhasilan. Setiap hari ada sahaja pesakit baru yang dikesan, ia lebih membimbangkan.

Mungkin ketika ini, merupakan waktu yang tepat untuk rakyat menilai siapa pemimpin mereka yang dipilih?. Adakah harus dipilih sekali lagi?.

Pandemik Covid19 bukan hanya tentang kita tetapi ia melibatkan dunia, semua terkesan, semua menderita, semua kemurungan tetapi bagaimana pemimpin membantu kita saat ini. Itu paling utama dilihat dan dinilai.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?