KPI AKU



Setiap makhluk yang bernama manusia, pasti mempunyai matlamat dalam apa jua yang dilakukan, tidak kira adakah ia melibatkan perkara kecil atau sebaliknya. Kita lahir ke dunia ini, bukan untuk membuang masa begitu sahaja kerana kita mempunyai tempoh. Apabila ada permulaan iaitu kelahiran, pasti ada pengakhiran iaitu kematian.

Aku seorang manusia, semestinya mempunyai matlamat dalam kehidupan ini namun sejujurnya aku masih kabur soal itu. Sejak dari kecil aku hanya mengikut apa yang ditetapkan oleh kedua ibubapa aku sehingga berjaya menamatkan pelajaran di Universiti. Selepas itu, pelbagai persoalan mula bermain di minda, aku mula berfikir soal hala tuju ketika itu.

Aku akui agak terlewat untuk menetapkan matlamat setelah tamat pengajian di Universiti, sedangkan orang lain sejak di bangku sekolah lagi telah tahu apa yang diinginkan dan berusaha mencapai keinginan tersebut. Sesungguhnya ia amat menyedihkan diri ini.

Aku tahu bahawa Allah SWT Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Namun ia bergantung setakat usaha kita selaku hambanya kerana hukum logik, hasil diperolehi berdasarkan usaha yang diberi.

Memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda, bukan tiket yang dapat memastikan aku berjaya dalam kehidupan seperti orang lain. Ramai kawan yang gagal melanjutkan pelajaran ke Universiti tetapi tidak gagal mendapatkan kerjaya yang lebih baik. Malah mampu membeli rumah yang begitu selesa dan membina keluarga yang bahagia.

Ketika usia semakin meningkat, semakin banyak perkara bermain dalam pemikiran ini, terutama dalam soal KPI peribadi. Adakah aku seorang yang gagal atau berjaya dalam setiap apa yang dilakukan ketika ini?. Sebagai contoh penulisan blog ini, apakah penentu kejayaan aku sebagai penulis blog?.

Idola aku ketika ini, semestinya kakak cousin sebelah abah. Memiliki Master tetapi melakukan apa yang diingini dan berjaya mencapai matlamat dalam apa yang dilakukannya ketika ini iaitu fotografi. Aku difahamkan, hampir seluruh dunia, beliau telah jelajahi dan gambar-gambar yang diambil mempunyai nilai yang mahal pada sudut pandang peminat seni fotografi.

Bayangkan mereka yang sebaya dengan aku, kini sedang memikirkan persiapan hari persaraan mereka sedangkan aku masih terkial-kial memikirkan bilakah HARI AKU BOLEH BERDIRI BANGGA.

Ikhlas, aku tidak ralat soal jodoh, cuma aku ralat soal kehidupan sebelum kematian, aku bukan ingin menjadi Jutawan, cukup mempunyai pendapatan tanpa mengharapkan ihsan orang. Usia semakin meningkat, kemampuan semakin terbatas. Apa lagi yang tinggal buat si bujang tua ini?.

Aku takut, dunia aku gagal, akhirat aku gagal dan akhirnya aku manusia paling gagal dalam dunia sementara ini. Matlamat aku banyak, namun setiap kali berusaha untuk mencapainya pasti kegagalan melekat pada diri ini. Seolah-olah sebati sampai bila-bila.

Mungkin 2021, ada sinar yang benar-benar buat aku?, persoalan yang hakikat aku tahu jawapannya namun aku tidak sanggup menghadapinya. Itulah lumrah kehidupan seorang aku.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?