Dadah di Kelantan

Di antara isu yang tidak pernah selesai dalam masyarakat Malaysia dari dahulu sehingga sekarang ialah isu berkaitan dengan penyalah gunaan dadah. 

Walaupun pelbagai methodologi digunakan dari segi penguatkuasaan, peraturan atau rawatan. Di manakah silapnya sedangkan kita mengetahui punca dan kesanya kepada masyarakat yang pasti bukan sesuatu yang elok.

Merujuk penagihan di Kelantan yang dilaporkan oleh portal AADK, bilangan penagih semakin meningkat, bahkan Kelantan berada dalam kedudukan 5 negeri teratas bagi bilangan penagih mengikut rangking negeri. 

Semestinya ia melibatkan bangsa Melayu kerana semua mengetahui bahawa populasi rakyat Kelantan, 70% - 80% merupakan bangsa Melayu.

Jika kita melihat pada kedudukan nombor, ia sangat menyedihkan pada aku secara peribadi. Jika kita melihat perbandingan dari tahun 2014 sehingga 2019, jelas menunjukan pola peningkatan jumlah penagih. Seolah-olah segala usaha yang dilakukan oleh pihak berwajib kurang impaknya kepada masyarakat.

Paling mendukacitakan ialah kanak-kanak seawal umur 10 tahun turut terbabit dengan penagihan, bahkan mula berjinak-jinak sebagai pengedar pula. Jika kita lihat data yang dibentangkan sehingga tahun 2019, peringkat umur 19 sehingga 39 tahun merupakan peringkat yang mempunyai jumlah kes penagih paling tinggi iaitu 18,986 kes.

Pelbagai persoalan yang berlegar-legar di minda aku apabila kanak-kanak seawal 10 tahun dikatakan telah terlibat, apa yang dilakukan oleh ibubapa mereka sehingga anak-anak boleh terjebak dengan penyalahgunaan dadah. 

Aku tetap berpegang bahawa di antara faktor utama terjadi situasi sebegini adalah pengaruh rakan-rakan dan kurangnya kepekaan ibubapa. Apabila mula menyedari sesuatu yang tidak kena dengan anak-anak, masa itu sudah terlewat.

Bagaimana generasi muda di kelantan kelak?, bayangkan sebuah kawasan yang aku tahu, hampir 70% - 90% kelompok belia kawasan tersebut terlibat dengan dadah. Bahkan ada kes merujuk satu keluarga terlibat dengan dadah atau bapa dan anak terlibat dengan dadah.

Pihak kerajaan terutama melalui AADK telah melakukan segalanya bagi menyelesaikan isu ini, namun jika ibubapa sendiri gagal memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak tersalah haluan, apapun yang diusahakan tidak berguna.

Kelantan tidak mustahil bakal menjadi hub pengedaran dadah di Malaysia berdasarkan fakta kes semasa dan terkini. Ibubapa sibuk perkara lain sehingga anak terlepas pandang akhirnya sesal sampai akhir hayat.

Stok dadah yang sentiasa ada walaupun ketika PKP dilaksanakan menjadikan faktor mengapa isu penagihan dadah di Kelantan semakin serius setiap masa.

Adakah sudah tiada harapan untuk Kelantan keluar dari kepompong masalah penagihan dadah yang melibatkan rakyatnya?. Pada pandangan aku, harapan itu masih ada selagi ada usaha dari semua pihak yang terlibat terutama ibubapa, harus peka sekiranya berlaku perubahan sikap anak-anak.

Segalanya bermula dari sekadar mencuba, akhirnya terperangkap buat selamanya, walaupun ke Pusat Serenti kaki melangkah namun bila pulang ke sarang, ada yang menanti untuk mengajak kembali ke lembah hina lagi penuh najis.

Walaupun jarang tetap ia tetap terjadi iaitu kematian disebabkan overdose pengambilan dadah suntikan. Sama2 kita doakan semoga isu dadah di Kelantan, selesai satu masa nanti.

Link Rujukan di bawah:







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?