Kahwin Bawah Umur

Apabila menyentuh soal perkahwinan, ia merupakan proses yang harus dilalui bagi memastikan proses melahirkan zuriat baru dapat dilaksanakan. 

Pada aku, ia merupakan proses ketamadunan manusia. Perkahwinan yang diadakan semestinya berbeza mengikut budaya atau fahaman agama masing-masing, namun matlamatnya sama demi membentuk keluarga sempurna.



Cuma perkara yang menarik untuk diperhalusi adalah proses perkahwinan melibatkan pasangan di bawah umur, sesuatu perkara yang sentiasa menjadi pembahasan oleh pelbagai pihak terutama pihak berkuasa. 

Setiap pihak mempunyai hujahan atau dalil mengapa menghalang atau membenarkan berlakunya proses perkahwinan pada usia sangat muda atau di bawah umur.

Pada pandangan aku, semua pihak harus duduk semeja untuk membincangkan soal ini dengan sedalamnya kerana isu perkahwinan akan terus menjadi perdebatan dan tiada jalan penyelesaian sekiranya semua pihak tidak bertolenrasi antara satu sama lain. 

Sepanjang pengetahuan aku, hampir kesemua perkahwinan yang terjadi di usia muda adalah terjadi dalam kelompok komuniti Islam berbanding kaum-kaum lain. 

Aku tidak pasti mengapa situasi ini sentiasa terjadi dan diperbahaskan sehingga ke Dewan Rakyat.

Sekiranya merujuk pengalaman aku, terjadinya perkahwinan bawah umur adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti terjadi perkara luar jangka seperti terlanjur sehinggakan menyebabkan berlaku kehamilan. 

Maka atas nama ingin menutup aib keluarga, maka perkahwinan bawah umur menjadi pilihan.

Manakala faktor-faktor lain seperti yang tular di media sosial atau arus perdana bagi mengelak terjadinya keadaan terlanjur seperti yang diperkatakan.

Sekiranya perkahwinan tetap terjadi maka pihak yang menentang harus menerima keadaan terbabit. Cuma secara logik, perkahwinan bawah umur bakal mempengaruhi banyak peraturan yang berkait dengan frasa bawah umur tersebut.


Adakah pasangan yang mendirikan rumah tangga ini, benar-benar bersedia memikul tugas sebagai seorang isteri dan suami?. 

Dibimbangi sekiranya terjadi kemelut dalam perkahwinan tersebut, sebagaimana terjadi terhadap pasangan dewasa, bukankah ini mendorong kepada terjadi penceraian di usia mudia?.

Berkahwin itu Sunnah, namun itu bukan alasan untuk melaksanakan sebuah perkahwinan tanpa memenuhi syarat-syarat yang seharusnya dipenuhi sebelum bergelar suami dan isteri. 

Ujian perkahwinan ini sangat besar, jika akal yang belum matang teruji takut hilang pedoman diri kerana kelak bukan diri sendiri yang rugi tetapi turut mengheret ahli keluarga sendiri.

Ada perkahwinan di usia muda yang gagal, akhirnya anak ditinggalkan kepada ibubapa pula manakala diri meneruskan nafsu dunia kerana merasa diri masih muda sedangkan bebanan tanggungjawab tidak nampak didepan mata.

Akhirnya anak mewarisi pula sikap sang ibu dan sang ayah yang kahwin muda sedangkan akal masih mentah akal kewarasannya. Maka masalah sosial berterusan menjadi masalah.

Secara kesimpulan yang boleh aku berikan, secara dasar kerajaan boleh menyekat perkahwinan bawah umur bagi kanak-kanak di Malaysia, namun sekiranya ada keadaan tertentu, mungkin diberi kebenaran yang sewajarnya. 

Namun jangan sampai bercerai pula kerana ketika itu sudah terlambat segalanya, akhirnya menjadi isu masyarakat pula maklumlah ada janda kecil dalam desa kerana kahwin ketika usia muda.

Hakikatnya di era dunia tanpa sempadan, sangat sukar untuk memastikan kanak-kanak bawah umur tidak terjebak dengan perkara yang tidak diingini terutama hubungan berlainan jantina. Bahkan di Universiti sekali pun, terjadi kes hubungan kelamin tanpa ikatan sah.

Aku melihat bukan hanya pemikiran anak-anak kecil mengalahkan orang tua, bahkan bentuk fizikal pula tak padan dengan usia. 

Masih dibangku sekolah rendah sudah ada yang mendandan muka akhirnya yang terpikat si jejaka tua, bukankah itu mengundang masalah pula kerana menjadi isteri muda ketika masih muda.

Aku bukan seloka atau mengusik saja kerana kita semua bakal bergelar ibu dan ayah juga, adakah kita ingin anak-anak mengikuti jejak langkah kita juga?. Berkahwin di usia muda memang seronok tetapi bebannya tetap ada.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?