Baca Al-Quran


Menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam mempelajari dan mendalami kitab suci Al-Quran. Alhamdulillah, ibubapa aku sentiasa menekankan soal membaca Al-Quran, paling penting aku atau abang harus khatam Al-Quran, paling minimun sekali seumur hidup.

Guru pertama yang mengajar aku dan abang membaca atau mengenal huruf ialah ibu kami sendiri.  Setiap malam aku dan abang harus belajar dan membaiki bacaan kami di hadapan ibu, kebiasaan di antara waktu selesai solat Magrib sehingga masuk waktu Isyak.

Bagi memastikan bacaan aku dan abang semakin baik, abah menghantar kami mengaji Al-Quran di rumah guru mengaji yang memang waktu tertentu diperuntukan untuk anak-anak sekitar kawasan rumah. Guru mengaji pertama selain ibu, merupakan pasangan suami-isteri. Aku tiada sebarang masalah, cuma sikap guru yang garang menyebabkan aku sering ponteng mengaji.

Pada satu hari, kami kantoi iaitu abah tahu bahawa aku tidak pergi mengaji pada hari itu. Hal itu menyebabkan abah sangat marah kerana aku sanggup menipunya hanya kerana tidak ingin belajar membaca Al-Quran.

Disebabkan itu, aku dipindahkan abah ke Guru Mengaji yang lain. Seorang wanita warga emas yang tinggal bersama anak saudaranya, seorang lelaki yang pada awal aku mengenalinya seorang yang baik sebelum terjebak dengan najis dadah akibat pergaulan dengan kelompok yang tidak sepatutnya.

Alhamdulillah, aku semakin fasih dalam bacaan Al-Quran, tidak lagi memerlukan pengawasan yang khusus dari guru, kejap sahaja aku berjaya khatam Al-Quran pada usia belasan tahun. Walaubagaimanapun, aku harus sentiasa belajar membaiki bacaan agar semakin baik, sekiranya salah teknik bacaan aku, dibimbangi Solat yang dilakukan menjadi tidak sah.

Ketika kecil dahulu, aku tidak faham kepentingan membaca Al-Quran. Kenapa abah begitu tekankan anak-anaknya khatam bacaan Al-Quran, kini aku semakin mengerti bahawa selaku Umat Islam, amat penting untuk menguasai bacaan Al-Quran kerana bakal menyelamatkan kita dari Azab Kubur dan Neraka. In Sha Allah.

Paling penting ialah Al-Quran harus sentiasa dibaca, bukan sekadar menjadi hiasan dinding atau almari semata-mata, percayalah jika tidak diamalkan nescaya kekok lidah untuk membaca kembali kerana terlalu lama tidak melazimi ayat-ayat suci.

Melihat situasi semasa, aku bersyukur kerana arwah abah dan ma bertegas dalam soal membaca Al-Quran. Di media arus perdana atau sosial, melaporkan masih ramai dikalangan Umat Islam masih kurang mahir dalam bacaan Al-Quran.

Rasa sedih jika seseorang itu yang beragama Islam tetapi tidak tahu membaca Al-Quran. Sekaya mana seseorang itu, ia semua tidak berguna sama sekali sekiranya gagal membaca dan memahami apa yang diceritakan di dalam Al-Quran. Segala persoalan yang wujud di hati manusia, pasti ketemui jawapannya dalam Al-Quran.

Walaupun aku telah khatam Al-Quran, ketika ini aku masih lagi merangkak-rangkak membetulkan bacaan pada usia memasuki 38 tahun, guru ku semestinya ibu sendiri.

Aku berharap Al-Quran akan membantu diri sendiri di dalam kubur dan padang masyar nanti, pada waktu yang sama, berharap tahap bacaan semakin baik dari sebelumnya.

AMEEN YA ROB


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?