ILMU DAN DARJAT

HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN


Setiap dari kita telah di asuh oleh acuan kehidupan untuk mencari ilmu sejak dari kecil lagi, pencarian ilmu wujud dalam 2 cara iaitu secara informal atau formal. Bagi pencarian ilmu, seawal umur 4/5 tahun, ada ibubapa mula menghantar anak-anak ke Taska yang menyediakan pelbagai modul dengan nilai yuran yang berkesesuaian.

Seterusnya memasuki sekolah rendah dari umur 6/7 tahun sehingga 12 tahun, seterusnya menyambung pencarian ilmu dari umur 13 hingga 17 bagi peringkat sekolah menengah seterusnya bersambung ke peringkat pengajian tinggi sehingga peringat umur maksimun iaitu 25 tahun pada pendapat aku.

Bukan semua dikalangan kita berjaya dalam cara formal, masih ramai yang berjaya secara tidak formal tetapi ilmu yang diperolehi menaikkan darjatnya ke peringkat tinggi.

Ya!, salah satu hakikat mengapa kita dituntut mencari ilmu adalah untuk meningkatkan darjat kita di mata manusia, mungkin ada berkata "mengapa perlu fikirkan soal kata masyarakat?". Kita selaku makhluk yang harus hidup berkumpulan, sememang terkesan apabila menyentuh soal darjat.

Aku ketika ini seorang penganggur, walaupun begitu kerana memiliki Ijazah, aku masih dipandang elok di mata masyarakat, bagaimana jika aku seorang yang gagal?, keputusan SPM teruk. Pasti ada suara ghaib  berkata-kata tanpa diminta.

Seekor anak harimau pasti dipinggirkan oleh kawanannya sekira tidak menguasai ilmu memburu seperti harimau yang lain, keadaan pasti berubah sekiranya anak harimau tersebut menjadi pemburu mangsa yang hebat, pasti disanjung oleh kawanannya.

Itu haiwan, apa tah lagi, kita manusia yang berakal. Aku mengetahui wujud kelompok anak-anak muda yang tidak menghabiskan persekolahan atas pelbagai faktor tetapi itu bukan alasan untuk menjadi manusia gagal.

Paling penting ialah menjadi ilmu walaupun secara informal agar mampu menaik darjat kita, miskin berilmu lebih mulia tapi kaya tanpa akal.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?