Rakyat atau Pemimpin Didahulukan?

Penulisan kali ini, aku sekadar ingin menyentuh secara umum berkaitan komuniti sesebuah negara. Kebiasaan akan wujud 2 kelompok utama yang mempunyai peranan masing-masing, iaitu kelompok rakyat dan pemimpin.

Menjadi kebiasaan di antara kelompok rakyat tersebut akan dilantik seseorang dijadikan sebagai ketua atau pemimpin yang berperanan atau diberi tanggungjawab membantu  rakyat.

Keadaan ini pada aku membawa maksud bahawa rakyat boleh hidup tanpa pemimpin tetapi pemimpin tidak boleh hidup tanpa rakyat. 

Namun begitu, sering kali terjadi polemik yang menjadi bahan pendebatan, di antara rakyat dan pemimpin, siapa yang harus didahulukan?.

Hal merujuk kepada situasi dalam sebuah negara yang bernama Malaysia, aku boleh tafsirkan bahawa tahun ini iaitu tahun 2020 merupakan tahun yang dipenuhi oleh drama politik tanahair.

Bermula dari perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohammad (laporan bharian, awani dan mstar) sehingga  Sidang Media Presiden Parti PKR yang menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen.

Drama politik negara yang diperkatakan terjadi ketika dunia termasuk Malaysia sedang berhadapan dengan Pandemik Covid19. 

Maka ketika ini, polemik ditimbulkan, siapa harus diutamakan?, rakyat yang sedang dihimpit dengan kesan pandemik atau pemimpin yang saling berebut kuasa?.

Harus diingatkan bahawa di antara kesan yang dirasai oleh rakyat ketika ini ialah kehilangan pekerjaan, kos barangan keperluan meningkat, bebanan hutang meningkat. 

Keadaan ini pada aku, jauh berbeza yang dirasai oleh pemimpin, sebab itu mereka sibuk berbalah berebut kuasa.

Aku tidak rasa pelik jika wujud pemimpin dikalangan rakyat itu sendiri ketika ini. Sedia ada sibuk bergaduh maka elok dilantik yang lain pula.

Aku pasti semua rakyat ingin dipilih menjadi pemimpin kerana secara automatik seorang pemimpin mendapat banyak kelebihan berbanding dengan rakyat.

Oktober semakin sampai ke penghujung, kini kita sama-sama berdoa semoga kisah November lebih baik dari sebelumnya.

Negara ini masih dalam proses pemulihan, maka segala usaha harus dilakukan bersama-sama iaitu di antara pemimpin dan rakyat.

Aku seorang rakyat dan semestinya aku inginkan pemimpin yang aku pilih melalui PRU. Mendahulukan keperluan aku dan rakyat yang lain.

Rakyat memilih pemimpin demi membantu rakyat dalam memperolehi segala keperluan bersama bukan untuk diri pemimpin itu sendiri sendiri.

Tinggal 2 bulan sebelum tahun 2020 berakhir, tahun yang akan diingati sampai bila-bila terutama kisah rakyat dan pemimpin bukan hanya di Malaysia, tetapi termasuk dunia.

Rakyat atau pemimpin, siapa yang didahulukan?.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?