Kecoh


Laporan berita yang menarik perhatian ialah "Polis pantau SOP COVID19 diserang sekumpulan lelaki". Kejadian dilaporkan berlaku di Kelantan ketika anggota PDRM sedang melakukan pematuhan SOP di sekitar Kota Bharu.

Pada pandangan aku, ia sesuatu yang memalukan, apakah yang difikirkan oleh suspek sehinggakan sanggup menyerang penguatkuasa yang hanya menjalankan tugas yang di arahkan oleh pihak atasan?. Sekiranya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, tidak mungkin terjadinya peristiwa sedemikian.

Hasil tindakan pantas PDRM, ke semua suspek yang terbabit telah diberkas dan bakinya sedang dikesan, serangan berkumpulan tersebut dilaporkan mendatangkan kecederaan kepada dua orang anggota yang melakukan operasi ketika itu.

Kelantan atau Kota Bharu ketika ini, berdasarkan data-data yang dikeluarkan oleh KKM merupakan kawasan atau daerah yang boleh dikategorikan berada dalam ZON KUNING kerana mencatatkan kes positif yang dilihat semakin meningkat, oleh itu tindakan pemantauan pematuhan SOP seharusnya dijalankan bagi memastikan penularan Covid19 dapat dibendung di peringkat awal.

Namun apabila terjadi kejadian sedemikian, ia sangat mendukacitakan pada aku secara peribadi. Kita begitu bangga menyatakan bahawa Kelantan merupakan sebuah negeri dengan jolokan Serambi Mekah, peristiwa yang terjadi memaparkan yang sebaliknya.

Aku orang Kelantan, dari kecil sehingga dewasa, aku menyaksikan pelbagai perkara di depan mata, sejujurnya boleh aku katakan bahawa Kelantan ketika mula mengalami perubahan namun bukan seperti yang diharapkan oleh rakyat Kelantan itu sendiri.

Kita marah apabila ada pandangan yang kurang enak dari orang luar, namun kita sendiri tidak menjaga apa yang kita ada, maka begini yang terjadi, anggota keselamatan berani di serang secara berkumpulan.

Sekiranya rakyat mematuhi peratuhan terutama SOP yang ditetapkan, adakah pihak berkuasa tetap mengenakan penalti sebanyak RM1 ribu?. Apabila pandemik Covid19 menular sekali lagi, kita salahkan kerajaan tetapi kita tidak ingin membantu kerajaan dalam mengawalnya dengan hanya duduk di rumah atau mematuhi SOP apabila berada di luar.

Berdasarkan laporan, serangan yang dilakukan merupakan serangan bersenjata apabila suspek memecahkan botol kaca dengan bertujuan untuk dijadikan senjata. Elok-elok duduk di rumah, selesa tidur di atas tilam, kini berada di balik tirai besi menanti prosedur berikutnya.

Hakikat yang pasti, semakin ramai yang lalai dalam mematuhi SOP yang di tetapkan oleh KKM atau MKN, rakya lupa bahawa kita tidak mengetahui siapa yang menjadi pembawa kerana ketika ini, pada peringkat awal, seorang pembawa tidak mempunyai simptom yang kritikal.

Diharapkan tiada lagi laporan demikian dari Pantai Timur, paling penting kita harus menjaga sesama kita sehingga Pandemik Covid19 berakhir sepenuhnya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?