Rakyat Kena Kompaun

Penduduk Pekan Ketereh menerima kunjungan tetamu yang diwar-warkan sebelumnya iaitu pasukan pemantau pematuhan SOP Covid19.

Walaupun telah diberitahu bahawa bakal ada pemantauan SOP, masih ada yang bersikap sambil lewa dari segi pematuhan, akhirnya ramai penduduk setempat dikenakan kompaun.

Ketika Kelantan menunjukan pola penularan dalam tempoh yang tertentu, semestinya langkah yang diambil oleh pihak berkuasa sangat dialu-alukan atas nama kepentingan bersama.

Hanya memakai facemask ketika berada di premis atau kawasan tumpuan, masih gagal di amalkan, belum lagi menyentuh membasuh tangan dengan sanitizer atau jarak sosial antara satu sama lain. 

Apabila terkena jangkitan baru menyesal tidak sudah kerana hakikat semakin sukar untuk kita mengetahui siapa yang telah dijangkiti atau tidak dijangkiti kerana semakin ramai pesakit yang tiada simtopm.

Baru dapat Bantuan Rakyat Prihatin (BPN), akhirnya terpaksa digunakan membayar kompaun yang dikenakan kerana perkara mudah tidak dipraktikan.

Jika sebelum ini, alasan harga facemask digunakan untuk tidak memakai facemask, kini alasan itu tidak akan diterima kerana harga semasa RM1 sekeping.

Pihak berkuasa hanya menjalankan tugas mereka, sekira sesebuah kawasan tertentu dikenakan PKP/PKPB/PKPD, pihak berkuasa juga ditugaskan untuk mengawal keadaan dan mereka juga terdedah dengan risiko jangkitan.

Heboh satu pekan ketereh apabila ada yang dikenakan kompaun, barulah masing-masing mula memakai facemask, jika tidak hanya letak dalam kocek baju atau seluar.

Belum lagi di pantau penjarakan sosial ketika berada di premis penyedia makanan, boleh dikatakan hampir 50% - 70% gagal mematuhi berdasarkan pemerhatian rambang.

Aku berharap pihak berkuasa meneruskan pemantaun seperti yang dilakukan sehingga tempoh PKPP berakhir iaitu pada 31 Disember 2020. Tidak mustahil muncul gelombang ke-4 penularan jika wujud segelintir yang terlepas pandang.

Hanya melalui kompaun mampu mendidik rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan. Pelik bukan, SOP dibuat untuk rakyat tetapi rakyat sendiri tidak mengikuti. 


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?