Suka Berhutang

 Aku bagaikan tiada idea untuk memulakan penulisan kali ini. Ada kisah yang dikongsikan cuma penceritaan yang bagaimana ingin aku sampaikan. Bimbang nanti membuatkan orang yang membacanya salah faham terhadap niat sebenar aku berkongsi kisah kehidupan pada kali ini. Sebuah kisah berkenaan dengan KAWAN.

Kawan!, semua ada kawan. Cuma kawan yang bagaimana kita miliki?. Adakah kawan yang mampu membantu ketika kita dalam kesusahan atau kawan hanya ada ketika kita berada dalam kesenangan?. Kalau pandai memilih kawan, in sha Allah bahagia di dunia dan akhirat, jika tersalah pilih kawan. Pasti pelbagai kesedihan yang mengundang. Setiap satu kawan yang kita miliki pasti mempunyai pelbagai perangai yang mungkin boleh kita menerimanya mungkin tidak.

Bagaimana jika kita ketemu dengan kawan yang suka berhutang?. Aku juga merupakan seorang kawan yang suka berhutang. Paling banyak nilai aku berhutang ialah RM500. Itupun disebabkan kawan aku yang join bisnes network ini berjaya. KONONNYA!. Dari 2007 sehingga 2015, baru aku berjaya selesaikan hutang itu secara beransur-ansur.

Aku ingatkan hanya aku bersikap suka berhutang dengan kawan-kawan. Rupanya ada juga orang lain yang bersikap sedemikian. Bahkan bukan seorang-dua yang terkena, difahamkan ramai lagi. Atas nama kawan, wang yang ingin dipinjamkan, diberikan. Apabila tiba waktu membayar. Ada sahaja alasan yang diberikan sehingga kawan-kawan yang menjadi mangsa mula bertindak menjauhkan diri.

Jangan ditanya alasan apa yang diberikan untuk meminjam wang. Pelbagai kisah yang aku dengari. Sehingga ada kawan yang amat sukar membenci kawannya. Sangat berkecil hati kerana apabila tiba waktu yang dijanjikan untuk membayar hutang. Diam seribu bahasa, jika seorang kawan tidak membantu kawan yang memerlukan nanti dikatakan sombong. Namun jika telah ditolong tapi lupa untuk membayar balik wang dipinjamkan itu. Dinamakan apa?.

Aku percaya dikalangan kita, pasti mempunyai kawan yang bersikap sedemikian. Aku berdoa semoga aku tidak bersikap sedemikian kerana aku tidak ingin kehilangan kawan disebabkan sikap suka berhutang dan sukar untuk membayar balik hutang tersebut. Wang boleh dicari namun kepercayaan yang hilang, sangat sukar untuk diganti kembali.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?