Berniaga Kueh

 Apabila Pandemik melanda negara, kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai satu cara untuk menghentikan penularan dalam komuniti setempat. PKP menyebabkan hampir semua aktiviti ekonomi terpaksa dihentikan sementara waktu dalam tempoh tertentu. Kesan dari pelaksanaan PKP yang amat jelas, ramai diberhentikan kerja, hilang sumber mata pencarian dalam waktu yang sama kos hidup semakin meningkat terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur.

Peluang semakin terbatas namun kehidupan masih harus diteruskan. Ada yang berjaya meneruskan kehidupan, ada yang gagal dan akhirnya mengambil langkah singkat dengan MEMBUNUH DIRI. Perniagaan dalam kulinari merupakan perniagaan yang menjadi pilihan ramai orang ketika berlakunya pandemik ketika ini.

Kita boleh melihat ramai yang beranikan diri menjadi usahawan dalam bidang kulinari. Perkara paling penting apabila bercakap tentang perniagaan adalah apakah produk yang ingin dijual kepada bakal pembeli?. Kebiasaan menu makanan yang dijual adalah ringkas, sedap dan murah. Ada jual pelbagai jenis makanan berasaskan sup, beraneka gorengan atau paling biasa kita lihat adalah nasi lemak.

Aku tertarik melihat peniaga kuih yang menjual pelbagai jenis kuih yang bukan peniaga itu membuatnya. Model perniagaannya adalah KOMISYEN iaitu menjual kuih orang lain dan mendapat komisyen bagi setiap jualan. Mungkin bagi satu jenis kuih, komisyennya ada rendah tetapi bagaimana jika setiap bagi ada 10-20 jenis kuih?.

Bukan hanya kuih, turut dijual adalah nasi bungkus, turut berkonsepkan komisyen. Menu nasi bungkus pula ada hampir 10 jenis pilihan. Secara kasar, kita boleh menganggak berapa jumlah komisyen yang bakal diperolehi oleh peniaga terbabit hanya untuk sehari dan hanya waktu pagi sahaja.

Soal marketing tidak perlu risau kerana apabila banyak menu ditawarkan maka secara automatik, ramai pelanggan akan datang untuk membeli. Ditambahkan lagi marketing semulajadi iaitu mulut ke mulut. Aku pergi beli kuih di kios terbabit, pukul 7.00 pagi telah ramai pelanggan yang datang.

Oleh itu, di waktu pandemik ini. Sesiapa yang ingin mencuba bidang perniagaan kulinari. Jangan takut, lakukan segera kerana fitrah manusia, walaupun bagaimana keadaan kita. Pasti lapar dan memerlukan makanan. Itu dinamakan PELUANG.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?