Sekolah di buka

 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengesahkan bahawa sesi persekolahan bersemuka akan bermula secara rasmi bermula awal bulan hadapan. Setelah sekian lama, sesi pembelajaran dan pengajaran di adakan secara atas talian atau PdPr, keputusan yang diumumkan oleh pihak KPM pasti mendatangkan pelbagai respon dari semua pihak bukan hanya ibubapa sahaja.

Aku cuba memahami polemik ini pada kedudukan pihak yang terlibat, pada pihak Kementerian, Guru atau Sekolah, Ibubapa dan Pelajar itu sendiri. Pada pendapat peribadi aku, selaku para pelajar, menjadi satu kegembiraan kepada mereka apabila mendengar sesi persekolahan akan dibuka seperti biasa. Ia bukan hanya melibatkan sesi pembelajaran secara langsung tetapi secara tidak langsung juga.

Pasti para pelajar rindu untuk berjumpa kawan-kawan sebaya mereka, sama-sama berada di dalam kelas dan mengikuti pembelajaran secara bersemuka dengan cikgu. Tanpa bebanan peralatan seperti hp atau peranti yang sesuai untuk Pdpr serta tiada bebanan untuk mencari liputan internet. Bangun awal pada waktu yang sepatutnya sambil bersiap untuk pergi ke sekolah.

Bagi ibubapa, mungkin sedikit tertekan, memikirkan faktor keselamatan anak-anak ketika berada di sekolah. Walaupun kadar vaksinasi di kalangan dewasa telah melebihi 70% seluruh Malaysia, kegusaran tetap timbul di hati ibubapa. Maklumlah walaupun telah divaksin belum tentu tidak dijangkiti. Selain kos mungkin bertambah sedikit dari sudut pakaian sekolah serta wang saku. Aku tidak pasti berkenaan yuran-yuran yang berkaitan.

Bagi guru-guru atau sekolah, isu utama yang hangat diperbincangkan ialah keengganan segelintir guru untuk mendapatkan suntikan vaksin, sejujurnya aku berpendapat para guru harus mengambil suntikan vaksin walau apapun alasan yang diberikan. Jika tanpa surat dari doktor yang berkelayakan maka harus terima. Hal ini disebabkan seorang guru bukan mengajar seorang dua pelajar tetapi ramai. Pihak sekolah, diharapkan melaksanakan SOP yang ketat bagi memastikan ibubapa yakin untuk menghantar anak-anak merek bersekolah kembali.

Pihak kementerian pula, aku berpendapat harus memainkan peranan dalam skop yang lebih besar. Pihak sekolah dan pihak ibubapa, itu menjadi keutamaan pihak kementerian, memberi bantuan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah dari sudut fasiliti atau pematuhan SOP. Kemudian Kementerian harus menyakinkan ibubapa bahawa pihak kementerian akan memastikan kawasan sekolah merupakan kawasan yang selamat dari pandemik.

Diharapkan sistem pendidikan berfungsi dengan baik dan sepatutnya kerana sepanjang 2 tahun. Aku secara peribadi melihat wujud kepincangan secara tidak sengaja. Semua seolah-olah terumbang-aming namun itu sekadar pandangan peribadi aku. Diharapkan apabila kita bakal memasuki fasa endemik, segalanya mampu ditadbir dengan baik sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?