Riadah vs Ibadah

 Setelah sekian lama, kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan matlamat untuk memutuskan rantaian penularan pandemik di Malaysia. Akhirnya pihak kerajaan mula memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia melakukan aktiviti-aktiviti yang sebelum ini terpaksa disekat untuk sementara waktu.

Di antara aktiviti yang dibenarkan ialah riadah di tempat-tempat awam atau lokasi tertentu yang menjadi tumpuan seperti kawasan air terjun, pantai dan sebagainya. Ketika ini, beberapa buah pantai di Kelantan telah mula menerima kunjungan pelawat dengan bilangan yang sangat ramai sehingga berlaku kesesakan di kawasan yang dinyatakan.

Pada waktu yang sama, aktiviti Ibadah di Masjid dan Surau turut diberi kebenaran cuma jumlah jemaahnya dihadkan dengan jumlah tertentu. Aku bukan seorang pakar dalam ilmu hukum agama, cuma timbul sedikit pertanyaan, mengapa pihak berkuasa menghadkan bilangan jemaah di Masjid atau Surau tetapi tidak menghadkan jumlah pengunjung di satu-satu kawasan riadah?.

Aku secara peribadi, tahu dan faham matlamat utama jumlah jemaah dihadkan. Cuma jika asas matlamat tersebut ialah memutuskan penularan pandemik. Adakah ia benar-benar berhasil sekiranya aktiviti riadah tiada sebarang had dari segi penglibatan?. Aku cuba melihat situasi ini dari sudut logik akal.

Berdasarkan laporan sharian, pada pendapat aku, jika benar seperti dilaporkan maka kita mungkin bakal melihat pola peningkat kes disebabkan ketika ini hampir semua negeri mula rancak dengan aktiviti riadah. Cuma limit pada ibadah yang menimbulkan rasa kecewa beberapa pihak terutama mereka yang rindu untuk bersolat di Masjid.

Kadar vaksinasi di Malaysia semakin meningkat namun masih wujud kelompok anti-vaksin. hal ini sudah cukup untuk semua pihak sedar bahawa risiko itu masih ada. Cuma aku berpegang pada satu dasar bahawa bukan semua yang berkunjung di tempat riadah merupakan jemaah di Masjid dan surau, tambahan pula dengan syarat lengkap 2 dos suntikan vaksin, sudah cukup untuk pihak yang berkenaan meningkatkan jumlah jemaah yang boleh beribadah.

Kebiasaan, jumlah jemaah yang lebih dari 20 hanya berlaku pada hari Jumaat sahaja. Mungkin pihak pengurusan Masjid atau berkenaan dapat memikirkan kaedah atau SOP yang ketat dan pada waktu sama meningkatkan jumlah jemaah. Baru seimbang jumlah rakyat beriadah dan beribadah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?