Jati Diri

 Apabila menyebut perkataan 'JATI DIRI', ada sesuatu yang bermain di fikiran aku ketika ini. Masih wujudkah Jati Diri di kalangan generasi muda masa kini?. Adakah kulit dan isi masih sama atau telah berbeza?, kulit durian tetapi isinya epal?.

Secara umumnya, Jati Diri boleh di fahami sebagai sifat atau ciri unik dan istimewa, ia merangkumi bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian individu. Setiap bangsa mempunyai sifat JATI DIRI yang berbeza dan ianya harus dipertahankan walaupun di mana seseorang itu berada.

Mengapa orang dahulu, sanggup berkorban nyawa melawan penjajah?. Pada pendapat aku, ia adalah kerana ingin mempertahankan Jati Diri bangsa. Bangsa Melayu, semestinya bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu kerana ia lambang Jati Diri bangsa itu, jika orang Melayu mula lupa bagaimana untuk bercakap bahasa Melayu. Ia masih melayu cuma Jati Dirinya ada sedikit kepincangan.

Generasi muda kini, mula wujud kelompok yang dilihat semakin hilang JATI DIRI leluhuh bangsanya. Sehinggakan ada yang tidak pandai berbahasa Melayu sedangkan jika dilihat dokumen surat beranak atau kad pengenalan tertulis bangsanya adalah bangsa Melayu. Mengapa wujud keadaan sebegini?, 

Jepun dan Korea merupakan di antara negara maju yang tidak pernah melupakan JATI DIRI mereka. Mereka masih menitik berat penggunaan bahasa ibunda mereka, mengapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka?. Mungkin aku silap mentafsir tetapi berdasarkan pengalaman aku sendiri, ada yang bangga fasih berbangsa asing berbanding bahasa bangsa sendiri. 

Begitu juga budaya dan agama, pada pendapat aku,  agama dan budaya mempunyai hubung-kait yang rapat. Agama menentukan pembentukan budaya yang bagaimana membentuk JATI DIRI sesebuah bangsa itu. Jika kita tidak berpegang kepada agama, maka budaya yang kita amalkan akan jauh dari sepatutnya. Budaya itu sendiri meliputi pelbagai lapisan, budaya pemakaian, budaya pergaulan dan pelbagai lagi. Semua itu dipandu oleh agama dan mana-mana agama mengajar penganutnya tentang Jati diri.

Aku pernah melihat seorang gadis melayu yang seolah-olah hilang Jati Diri. Dihadapan ibubapa, berpakaian sopan, bila hilang dari pandangan keluarga maka diperlihatkan budaya yang berbeza dari segi penampilan. Jika Jati Diri seseorang itu kuat, adakah wujud masalah sosial seperti dilaporkan seperti sekarang?. laporan bharian sebagai contoh, jika Jati Diri kuat adakah mungkin kes rogol meningkat berbanding tahun sebelumnya?.

Jangan melihat Jati Diri kelompok bawahan semata-mata, harus di lihat kelompok di atas sama. Hal ini kerana menjadi fitrah, bawah akan mengikut apa yang di atas lakukan kerana menganggap setiap apa yang dilakukan oleh di atas itu betul semuanya.

Takut untuk aku membayangkan dalam tempoh 10 - 20 tahun akan datang, bagaimana nasib bangsa dan negara ini sekiranya JATI DIRI benar-benar terhakis dan pupus buat selamanya. Adakah Durian itu masih Durian?, atau tinggal hanya sejarah tentang Durian.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?