Di mana anak itu?

 Kita semua merupakan ANAK kepada ibubapa kita, jasa mereka terhadap kita sangat besar dan tidak mungkin mampu terbalas sampai bila-bila kerana itu, setiap ANAK harus memikirkan ibubapa dalam setiap tindakan mereka, setiap waktu. Hal ini kerana setiap ibubapa sentiasa memikirkan anak-anak mereka walaupun jauh di mata.

Betapa happy ibu aku apabila mengetahui bahawa abang akan pulang bulan depan, walaupun masih panjang waktunya tetapi telah memikirkan apa yang abang inginkan apabila sampai ke rumah nanti. Itulah hati nurani setiap ibubapa kita semua.

Bermula dari kita berada dalam kandungan, kemudian dilahirkan, kemudian dibesarkan dari kecil sehingga dewasa. Tempoh yang sangat panjang dan penuh cabaran bagi ibubapa dalam memastikan ANAK mereka bahagia berada di dunia ini. Adakah ANAK memahami ibubapa mereka?.

Perjalanan hidup aku di dunia ini memasuki 4 dekad, sepanjang tempoh itu, aku alami sendiri selaku ANAK dan melihat manusia disekeliling yang bergelar ANAK. Pada aku, wujud 2 keadaan apabila bercakap soal ANAK, iaitu berjaya dalam hidup atau gagal dalam hidup.

Walauapapun keadaan seorang ANAK itu, ibubapa sentiasa menyokong atau membantu ANAK mereka dan menerima apa sahaja keadaan ANAK mereka tanpa mempedulikan tanggapan masyarakat sekeliling. Hal ini membuktikan betapa dalamnya perasaan kasih sayang ibubapa terhadap ANAK mereka cuma dikesalkan adalah wujud anak yang seringkali tidak meletakkan ibubapa dalam keutamaan terutama ketika melakukan sesuatu perkara.

Aku tidak berniat membuka aib sesiapa, cuma rasa kesal apabila ada ibu yang sanggup tebalkan muka meminta ihsan orang lain, bukan saudara-mara, hanya kenalan semata-mata. Padahal anak-anak di mata masyarakat seperti sangat mampu membantu ibu yang semakin tua. Jadi mengapa ibu harus meminta-minta dengan orang lain?.

Di mana ANAK itu?, sehingga ibunya terpaksa menebalkan muka untuk meminta simpati orang?, di mana ANAK itu?, sehingga ibubapa tiada wang untuk makan?. Persoalan ini aku timbulkan kerana ia wujud dan benar-benar berlaku dalam masyarakat ini. Aku boleh terima jika ANAK itu masih GAGAL menjadi manusia tetapi apabila aku tahu ANAK itu telah berjaya tetapi memilih untuk GAGAL kerana nafsu sehingga ibubapa yang menanggung MALU dan akhirnya hidup tanpa MALU untuk meminta simpati orang. Aku sumpah ANAK itu,  bukan bermaksud aku seorang ANAK yang baik namun aku sentiasa berusaha meletak ibubapa dalam setiap keputusan hidup yang dibuat.

Hakikat yang ANAK  mungkin lupa atau sengaja lupa, bahawa IBUBAPA ada tempoh rehatnya. Seharusnya apabila ANAK telah dewasa dan menjadi manusia, waktu untuk menjaga ibubapa pula kerana itu kitaran hidup semulajadi, namun apabila sebaliknya terjadi AKU SUMPAH ANAK ITU.

Aku selaku ANAK, pasti marah pada diri sendiri jika ibubapa terpaksa berhutang untuk hidup setelah aku menjadi MANUSIA, kerana proses menjadi MANUSIA memerlukan pengorbanan termasuk wang ringgit. Ada ANAK yang berjaya menjadi MANUSIA namun gagal menjadi ANAK. Itu fakta sebuah kehidupan menyebabkan orang akan bertanya DI MANA ANAK ITU?, bila melihat keadaan ibubapanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?