Kesan Pandemik Pada Rakyat



Ketika ini, negara berada di dalam fasa pemulihan, buktinya kerajaan telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat pada 9 Jun yang lalu. Manakala PKPP pula bermula dari 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020, difahamkan ini merupakan fasa terakhir buat rakyat Malaysia.

Setelah hampir 80 hari, semua kegiatan ekonomi terpaksa diberhentikan demi memastikan rantaian penularan COVid19 terhenti. Kini secara perlahan-lahan, cuba berfungsi seperti biasa.

Namun kesannya tetap terasa, banyak company swasta terpaksa menutup operasi syarikat mereka akibat tidak lagi mampu menanggung kos operasi termasuk kos membayar gaji pekerja.

Keadaan ini bukan hanya menimpa syarikat-syarikat berskala kecil, syarikat-syarikat besar yang telah berbelas tahun beroperasi turut tak mampu meneruskan operasi syarikat. Berlakulah pembuangan pekerja dalam kapasiti yang besar dalam waktu yang sama.

Aku percaya kerajaan ketika ini, sedaya upaya berusaha membantu pemain ekonomi negara, sama ada majikan atau pekerja. Suntikan demi suntikan dana diberikan bagi memastikan ekonomi semakin pulih pada tahap yang sepatutnya.

Oleh itu, aku sangat menyokong tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa dengan melakukan pemutihan PATI yang terlibat secara langsung dalam sektor ekonomi negara sekian lama.

Apabila berlaku kekosongan yang ditinggalkan oleh PATI, rakyat Malaysia yang terkena tempias kemelesetan ekonomi pasca COVid19 harus merebut peluang mengisi kekosongan tersebut.

Aku amat percaya walaupun ketika kadar pengangguran semakin meningkat, peluang masih ada untuk rakyat Malaysia rebut demi membina kerja baru. 

Bayangkan pendapatan seorang pembekal sayuran sehari mampu mencapai pendapatan kasar di antara RM500 sehingga RM1000. Selain pasaran sayuran, pasaran daging juga mempunyai peluang yang sama.

Kemudahan internet harus digunakan sebagai mungkin, jangan terkejut ada rakyat Malaysia mampu hidup selesa dengan hanya menjual maggi melalui online.

Apapun kita sendiri harus usahakan kerana kerajaan telah membantu menyuntik dana yang difikirkan sesuai dan mampu berdasarkan kewangan negara ketika ini.

Kita tidak pasti sampai bila proses pemulihan ini akan memakan masa, hal ini merujuk kepada pakar-pakar kesihatan masih gagal menemui vaksin untuk COVid19.

Namun itu bukan bermakna kita harus duduk diam sahaja. Halaman rumah yang luas mampu dijadikan sumber pendapatan dengan hanya menanam sayuran. Pasaran pula pada jiran tetangga kemudian kariah masjid. In sha Allah pasti dipermudahkan segalanya. 

Cuma mungkin keberhasilan tidak sama seperti sebelumnya, hasil menjual sayuran halaman rumah tidak akan sama hasilan ketika menjadi Pilot syarikat penerbangan.

Hakikat yang kita harus telan, keadaan kini tidak lagi sama seperti sebelumnya. Harus redha di atas apa yang terjadi. Paling penting kita harus terus berusaha.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?