DUNIA SERAM

KISAH ALAM GHAIB DALAM ALAM MELAYU MELALUI SINOPSIS AKU


Apabila berbicara soal alam ghaib, pada pengamatan aku, ia sangat berkait rapat dengan alam melayu dan aku seorang melayu. Maka melalui sinopsis kehidupan aku, kongsikan serba sedikit kisah berkait dengan alam ghaib.

Aku tahu bahawa di dunia ini, bukan hanya ada manusia atau makhluk yang boleh dilihat dengan mata kasar, turut mendiami dunia ini penduduk di alam ghaib yang sering dikaitkan dengan hantu, jin atau pelbagai lagi nama panggilan diberi.

Aku melihat manusia ketika ini kelihatan begitu taksub untuk mendekati dunia alam ghaib ini sehingga melakukan apa sahaja untuk bertemu dengan penghuni dunia yang tidak nampak orang mata kasar ini.

Aku pelik sebab mereka hidup di alam berbeza dengan kita, mengapa harus kita sibuk untuk mendekati alam mereka, sedangkan tuhan telah mengaturkan segalanya dengan adil dan sempurna sekali.

Sepanjang aku hidup, boleh dikatakan sentiasa diselubungi dengan kisah atau kejadian pelik, sehinggakan seperti terbiasa apabila ketemu atau terdengar sesuatu yang pelik.

Kisah pertama yang aku ingin kongsikan ialah buaian bergerak sendiri, buaian buatan sendiri yang dihadiahkan oleh bapa saudara sebelah abah, ia diletakkan di belakang rumah. 

Pada awalnya tiada apa yang pelik pada buaian tersebut sehinggalah ia bergerak sendiri pada waktu malam, bunyinya sangat jelas sehinggakan kadangkala mengejutkan aku dari tidur.

Bahkan cousin aku sendiri yang merupakan jiran sebelah rumah, pernah melihat depan matanya sekitar pukul 3.00 hingga 4.00 pagi, buaian itu tiba-tiba bergerak sendiri. Mungkin pada orang lain, ia menyeramkan tapi pada aku pula mungkin ia bosan dan ingin berhibur dengan bermain buaian.

Ada lagi kisah bagaimana anak jiran aku yang bernasib kurang baik apabila baru sahaja sampai di rumahnya, terpandang makhluk itu sedang berdiri di awangan, rambut panjang, kain putih dan wajah sangat hodoh sedang memandangnya juga. Anak itu terus dilanda demam mengejut.

Aku jenis kerap buang air kecil pada waktu malam, pada satu malam, anggaran waktu pukul 2 hingga 4 pagi, kedengaran jelas ditelinga aku, bunyi ratapan seorang wanita yang dalam kesedihan.

Aku ketika itu, sangat faham apabila waktu-waktu sebegini apa lagi yang nak menangis kalau bukan makhluk itu ingin mengusik. Nasib baik, aku ini jenis yang kuat semangat, jika tidak mahu demam juga rasanya.

Abang aku sendiri ada kisah yang menarik dikongsikan iaitu pada satu malam, abang aku pulang agak lewat, rasanya dalam pukul 2.00 - 3.00 pagi. Kemudian ketika melalui kawasan yang sangat terkenal dengan kisah alam ghaib.

Abang aku ternampak susuk tubuh wanita berkebaya merah sedang berjalan merentasi jambatan. Hatinya terdetik apabila tiba-tiba bulu tengkuk terpacak. Tanpa memandang wajah perempuan tersebut, abang terus memecut keretanya meninggalkan kawasan tersebut.

Ketika aku tinggal di Putrajaya, sepanjang tempoh hampir 4 tahun, aku boleh tidak perasan bagaimana setiap pagi aku dengar ketukan lesung batu di atas bilik aku sendiri.

Waktu ketukan pula pagi, dalam anggaran 3.00 - 4.00 pagi. Adakah penghuni rumah atas sedang menyiapkan menu masakan pada waktu tersebut?. 

Kisah lain, ketika aku singgah di rumah pak cik di Gua Musang. Ketika itu, pak cik tinggal di kuaters lama polis, kami menginap semalaman, bayangkan saat itu, sangat jelas kedengaran di telinga semua orang bunyi guli jatuh di atas rumah.

Masih banyak kisah yang menyelubungi hidup aku dan keluarga selama ini, namun ada yang masih diingati, ada yang telah terlupa. Maklumlah pada aku, mereka berhad hidup sebagaimana manusia hidup, tambahan pula alam mereka dan sama dengan alam manusia.

Aku sendiri pernah terjumpa pocong sedang berehat di pokok getah pada waktu tengah malam. Nasib baik tidak ikut aku dan abah balik rumah.

Belum dikira berapa kali makhluk ini goncang pintu rumah aku ketika kami semua tidur, masa arwah abah masih ada, apabila sahaja bergurau main goncang, abah marah jea terus hilang.

Kisah bekas boss yang sedang menyiapkan report di tingkat 12, kemudian tiba-tiba muncul di tingkat 11, lagi melucukan. Kenapa bos tiba-tiba muncul?. Rupanya bos nak orang menemaninya di tingkat 12 kerana tiba-tiba terdengar bunyi vacum karpet sedangkan waktu menunjukan pukul 1 pagi.

Apapun kita selaku manusia harus menerima bahawa kita harus berkongsi alam ini bersama makhluk di alam ghaib sehingga kiamat, sebelum sampai masanya nanti, mereka akan terus mengusik kita atau kita sendiri mencari mereka atas nama kepentingan peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?