Wawasan 2020


Aku lahir pada tahun 1983, ia bermakna tahun ini umur aku telah memasuki 37 tahun. Secara automatik aku tergolong dalam kelompok orang dewasa atau warga perak (mungkin).

Jika ingin menyentuh soal pencapaian aku, sememangnya tiada apa yang dibanggakan, sekadar kini menjadi seorang penulis blog sepenuh masa. Tanpa mengetahui adakah penulisan aku dibaca & disukai orang atau sebaliknya.

Pada peringkat sekolah rendah, aku sentiasa di momok dengan fantasi apabila menyentuh tahun 2020. Ketika itu, aku merasakan tahun 2020 sangat jauh untuk sampai. Mungkin dunia telah kiamat, pemikiran seorang kanak-kanak bawah umur ketika itu iaitu aku.

Waktu itu, mantan Perdana Menteri ke-4 sering menyebut Wawasan 2020 pada seluruh rakyat Malaysia sehinggakan mengadakan Majlis Perasmian Kapsul Masa. Gambaran aku ketika itu, Malaysia bakal menjadi negara yang sangat canggih, maju seperti mana gambaran dalam filem barat.

Arwah abah membuka akaun Amanah Saham Wawasan 2020 untuk aku dan abang, harapannya semoga apabila mencapai tahun 2020, hasil simpanan ketika itu mampu membantu aku jika dalam kesusahan. (Kini hanya ada nilai bawah RM1000)

Kini aku berada di tahun 2020, segala fantasi sangat berbeza dengan realiti sebenar yang harus diharungi, drama politik yang seperti tiada penghujung, walaupun rakyat semakin terhimpit.

Dunia termasuk Malaysia diuji dengan Pandemik COVid19 yang sehingga sekarang masih belum menemui vaksinnya. Sesungguhnya ada sedikit kekecewaan di hati ini melihat realiti tahun 2020.

Bayangan ketika kecil bahawa rakyat bakal menggunakan kereta terbang terus kekal fantasi bahkan terasa amat diperbodohkan oleh pemimpin yang konon telah berjaya mencipta kereta terbang tetapi hanya omongan penglipur lara.

Laporan berita hari ini, ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini bekerja di Singapura, diberhentikan secara mengejut. Walaupun diberi pampasan, keadaan sedikit tersepit. 

Banyak perniagaan terpaksa ditutup atas alasan yang sama iaitu kesan pandemik COVid19. Semakin ramai cuba menghitung nasib seterusnya dengan drama politik pemimpin GILA KUASA yang tiada kesudahan.

Jika kita ikut fikir logik, jika Perdana Menteri ke-7 meletakkan jawatan secara mengejut. Salahkah orang lain cuba mengisi kekosongan tersebut?. Adakah Perdana Menteri ke-8 ada kuasa mengarahkan Perdana Menteri ke-7 letak jawatan?.

Ada ke pemimpin yang miskin?. Rakyat ada. Jadi mengapa tidak boleh fokus membantu rakyat yang ketika ini dilanda ujian yang dasyat?. Hakikat yang harus ditelan realiti tahun 2020 sangat mencabar dan menyedihkan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?