NIKMAT SOLAT TIME PKP

MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT 


Alhamdulillah, hari ini aku berpeluang menunaikan solat fardu Jumaat buat pertama kalinya semenjak pelaksanaan PKP di Malaysia akibat penularan pandemik COVid19.

Aku hadir ke masjid sejam sebelum waktu zohor masuk, sampai sahaja di bahagian pemeriksaan, suhu badan di saring terlebih dahulu, alhamdulillah 36.4 bacaan yang diperolehi.

Pegawai JPAM ditugaskan untuk melaksanakan proses saringan pada hari ini, aku juga tidak lupa untuk 'check in' menggunakan aplikasi my sejahtera bagi menandakan aku hadir solat pada hari ini.

Setelah sekian lama tidak menunaikan solat jemaah,  masuk sahaja ruang solat, hati ini merasa hiba, ketika menunaikan solat sunat masjid, tiba-tiba air mata aku mengalir. Mungkin kerinduan suasana masjid yang terlalu lama ditinggalkan.

Pihak pengurusan sememangnya melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN. Cuma aku terkial-kial pada awalnya.  Nak ikut bagaimana tanda yang ditetapkan.

Masjid Umar Abdul Aziz mempunyai ruang solat tingkat atas, sebelum PKP, amat jarang aku lihat ruangan atas penuh tetapi hari ini ia benar-benar penuh.

Bacaan khutbah yang disampaikan oleh Iman sememang sangat ringkas, aku rasa dalam anggaran 10 minit sahaja tempoh yang diambil untuk selesai bacaan khutbah.

Seterusnya menunaikan solat Jumaat, kemudian balik.

Ringkas, teratur dan kerjasama menjadikan perjalanan ibdah hari ini berjalan tanpa sebarang masalah. Hati ini tidak lagi berasa khuatir berbanding sebelumnya.

Hal ini kerana keadaan aku adalah berstatus berisiko rendah kerana faktor obesiti dan penyakit darah tinggi. Panjang umur, minggu depan datang lagi bersembahyang Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?