Mengamalkan Norma Baru


Aku bukan orang yang selayaknya untuk berbicara soal kehidupan norma baru yang harus dijalani oleh rakyat Malaysia setelah terjadinya penularan pandemik COVid19. Alhamdulillah ketika ini, data-data menunjukan bahawa Malaysia mampu memutuskan rantaian tersebut, sekiranya rakyat Malaysia terus mengamalkan gaya norma baru.

Terlebih dahulu, aku ingin memohon maaf jika ada pihak tidak bersetuju dengan pandangan yang bakal diluahkan berhubung perkara gaya hidup norma baru. Pandangan ini berdasarkan pada pemerhatian peribadi aku, merujuk kawasan kediaman atau tempat tinggal aku sendiri.

Kebiasaannya, setiap hari Sabtu di pekan atau kedai dekat rumah sentiasa diadakan pasar tani, suasana sangat riuh dengan bilangan pengunjung meningkat berbanding hari biasa, namun sejak PKP di laksanakan, suasana pasar menjadi agak suram apabila tiba hari sabtu.

Cuma pada sabtu yang lalu, keadaan mula berubah, walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Pasar mula dikunjungi dengan pengunjung yang agak ramai berbanding hari biasa, sehingga parking kenderaan yang hampir 3 bulan kosong, kini penuh. Terpaksa berpusing 2-3 kali semata-mata mencari parking.

Bagi para peniaga di atas pasar, semestinya mereka seronok kerana ramai pelanggan yang berkunjung ke gerai mereka. Urusan jual-beli yang selama ini agak berkurangan kini rancak kembali.

Namun, ada perkara terlepas pandang, pada pendapat peribadi aku, mungkin ia sukar diamalkan iaitu mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM. Boleh dikatakan, peratusan amalan penjarakan sosial jatuh, pemakaian facemask dikawasan orang ramai turut jatuh peratusannya.

Keadaan ini membuatkan aku tertanya sendirian, mampukah seluruh rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup norma baru?. Adakah segelintir rakyat Malaysia lupa bahawa vaksin COVid19, masih belum ditemui.

Aku bukan ingin bersikap negatif dalam isu ini, sekadar bersikap waspada. Aku secara peribadi dalam kategori berisiko seperti ma, amat mudah dijangkiti dan mengambil masa untuk dirawati sekiranya terdedah dengan COVid19.

Mungkin ada sesetengah tempat, berjaya menghidupkan gaya norma baru dalam aktiviti seharian, mungkin sesetempat masih belum menyesuaikan diri dengan gaya hidup sedemikian. 

Adakah kita harus terus bergantung harap pada pihak kerajaan atau frontliner dalam memastikan rantaian penularan benar-benar putus?. Tanpa sedikit sumbangan dari pihak kita?. Bayangkan sebelum ini, perlu ada para petugas task force di kawasan hot spot di kawasan pekan ini untuk memastikan orang ramai mengamalkan penjarakan sosial atau memakai facemask jika memasuki kedai yang pengunjung agak ramai.

Aku melihat waktu rakyat menerima bantuan BPN, pegawai bertugas terdiri dari RELA & JPAM kerap menegur orang ramai agar menjaga penjarakan sosial. Manakala di atas pasar pula pihak pegawai PDRM ditugaskan memantau pematuhan.

Bukan senang jika kita ingin berpesan sesama kita. Ada yang boleh menerima, ada yang sebaliknya. Sebagai contoh, diawal PKP dilaksanakan. Ada sahaja suara-suara sumbang yang bertujuan untuk tidak mematuhi SOP yang ditetapkan dan disarankan oleh pihak KKM seperti penjarakan sosial atau facemask.

Mampukah rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup norma baru?. Hanya masa mampu menentukannya. Jika wujud gelombang baru penularan maka ternyatalah masih ada yang gagal mengamalkan gaya norma baru.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?