GE-15 IS COMING SOON

ADAKAH SEMUA KOMPONEN TELAH BERSEDIA?


Pilihan Raya Umum ke-15 pasti akan berlaku, cuma kita selaku rakyat Malaysia belum benar-benar pasti bilakah ia akan terjadi, ketika pelbagai desas-desus mula tular dikalangan masyarakat.

Ketika ini, hanya Perdana Menteri sahaja mengetahui bilakah PRU akan diadakan atau bilakan Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk mengembalikan hak rakyat Malaysia untuk memilih.

Tambahan pula komponen PH, aku melihat secara peribadi sentiasa melakukan provokasi bahawa mereka akan mengambil kembali hak mentadbir negara ini, setelah Perdana Menteri sebelum ini telah meletak jawatan. 

Sekiranya PRU ke-15 akan terjadi dalam masa terdekat. Adakah semua komponen iaitu  kerajaan atau pembangkang telah bersedia?. Ketika ini, aku melihat pada bahagian komponen pembangkang lebih kepada kemelut pencalonan siapa bakal Perdana Menteri yang bakal mengetuai komponen mereka.

Manakala di bahagian kerajaan atau PN, aku merasakan polemik bakal terjadi dari segi pembahagian kerusi, rakyat sedia maklum bahawa sebelum ini komponen PN hanya terdiri dari BN dan PAS.

Setelah mentadbir negara, komponen PN terdiri dari BN, PAS, BERSATU dan lain-lain. Semestinya sedikit sebanyak menimbulkan polemik. Tambahan pula laporan demi laporan dipaparkan berkaitan dengan pembahagian kerusi. Malah ada yang telah mula claim hak walaupun PRU ke-15 masih samar-samar.

Sejujurnya, aku amat berharap komponen Permuafakatan Nasional harus benar-benar bersedia. Sesungguh kekalahan komponen BN pada PRU yang lalu, memberi pengajaran yang mendalam kerana sangat besar kesan pada landskap politik tanahair.

Corak pentadbiran PH, pada pendapat peribadi aku sangat mengecewakan, banyak janji-janji tidak tertunai bahkan tidak rasa bersalah kerana gagal menunaikan.

Aku sentiasa berdoa semoga Allah SWT menukarkan pemimpin negara ketika itu, akhirnya alhamdulillah termakbul apabila kerajaan PH tumbang kerana masalah dalaman dan digantikan pemimpin yang lebih baik pada pandangan aku.

Komponen PN harus benar-benar semak & imbang terhadap segala punca atau penyebab terjadi kekalahan teruk dalam PRU yang lalu. Kehendak rakyat perlu didengari bukan sekadar suara ahli parti semata-mata.

Aku menulis berdasarkan pemerhatian peribadi ketika PRU ke-14 yang lalu, banyak kekurangan tidak disampaikan sepenuhnya sehingga ia menimbulkan kemarahan rakyat. Maka sebagai protes, pilihan sokongan & undian mula bertukar.

Jika jumlah rakyat Malaysia adalah 32 juta orang, tidak semestinya semuanya menjadi ahli parti komponen PN atau komponen PH. Maka itu, kehendak atau suara rakyat harus didengari secara sama adil & saksama.

Rakyat Malaysia waktu sekarang tidak sama seperti rakyat waktu dahulu. Pandai menilai setiap butir kata dari individu bergelar pemimpin. Mengapa sedemikian?, dahulu bilangan memasuki Universiti sangat sedikit berbanding yang gagal.

Keadaan mula berubah apabila bilangan yang gagal lebih sedikit berbanding yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti maka pemimpin atau bakal pemimpin harus mengambil kira faktor ini.

Oleh itu, jangan ditanya bila PRU akan berlaku, tetapi tanyalah adakah setiap komponen telah bersedia untuk membuktikan siapa bakal menjadi pemimpin di dewan rakyat nanti.

Adakah bakal calon yang bakal dikemukakan merupakan calon yang diterima umum atau hanya penerimaan ahli parti semata-mata kerana aku sendiri melihat sudut ini yang mana akhirnya kekalahan yang sangat teruk yang diperolehi.

Menyediakan atau disediakan merupakan perkara yang berbeza, setiap parti harus benar-benar memahami kerana pengakhiran rakyat yang bakal menjadi juri pemenang untuk next 5 years.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?