Frontlines


Bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020, negara Malaysia kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP. Satu tempoh untuk rakyat & negara kembali menjalani rutin harian seperti biasa sebelum pelaksanaan PKP tetapi dalam keadaan norma baru.

Ketika pelaksanaan fasa PKP atau PKPB, semestinya kelompok yang paling sibuk adalah kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pegawai-pegawai di agensi Keselamatan seperti PDRM, ATM, RELA, JPAM dan pelbagai lagi.

Para petugas ini, amat terkenal dengan panggilan frontliners. Ketika rakyat Malaysia tidur lena di rumah masing-masing, para petugas frontliners meneruskan gerak kerja demi memastikan rantaian penularan COVid19 terputus.

Walaupun aku bukan seorang frontliners, aku masih boleh berbangga apabila mempunyai ramai ahli keluarga yang terlibat secara langsung sebagai Frontliners.

Bagi saudara-mara sebelah ma, 2 orang sepupu aku berkhidmat sebagai anggota Polis, bertugas hampir 24 jam terutama melibatkan sekatan jalan raya. Seorang lagi bertugas sebagai Juruteknik Makmal Perubatan, mengkaji sampel yang diambil dari orang awam. Seorang lagi bertugas sebagai Jururawat di Sabah.

Manakala saudara-mara sebelah arwah abah, turut terlibat dalam kelompok frontliner iaitu anak kepada adik arwah abah, 2 orang anggota Polis.

Dari mereka, aku memahami betapa besar pengorbanan yang telah dibuat oleh para frontliner, terutama apabila harus bertugas hampir 24 jam, hampir setiap hari.

Kesemua saudara-mara aku, cuti hari raya mereka dibekukan disebabkan keadaan semasa negara. Paling menyedihkan pada hari terakhir Ramadhan, ketika orang lain sibuk mengemas rumah, sepupu aku masih bertugas di sekatan jalan raya dan berbuka hanya dengan nasi bungkus.

Orang ramai boleh berkata apa sahaja namun hanya mereka yang terlibat secara langsung amat memahami apa yang dirasai. Risiko dijangkiti COVid19 tidak perlu diperkatakan. Itu merupakan satu dari cabaran menjadi anggota frontliners.

Kini, apabila negara dalam fasa PKPP, sedikit waktu rehat mula dinikmati oleh saudara-mara ku setelah hampir 3 bulan berjuang demi memastikan rantaian penularan COVid19 terputus.

Kini tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia, kalian kini menjadi frontliner bagi memastikan tidak akan terjadi gelombang baru penularan pandemik COVid19 di Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?