NORMA BARU: PANDEMIK SEKELILING KITA

KEHIDUPAN HARIAN BERBEZA

Kita harus akui bahawa ketika ini, kita masih belum terlepas sepenuhnya dari penularan atau rantaian jangkitan COVid19. Walaupun negara Malaysia ketika ini berada dalam fasa pemulihan yang bermula dari 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020, ia bukan jaminan bahawa tiada lagi risiko terjadinya gelombang baru penularan.

Laporan demi laporan menyiarkan berkenaan perkembangan terkini pandemik COVid19 dari seluruh dunia, para saintis ketika ini sedaya upaya mencari vaksin dalam merawat virus tersebut.

Kerajaan sendiri terus mengadakan kempen kesedaran terhadap rakyat agar sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan terutama ketika berada di luar dari kawasan rumah.

Kita harus menerima kenyataan bahawa Virus COVid19 lebih berbahaya dari mana-mana virus sedia ada. Walaupun bilangan pesakit yang sembuh semakin meningkat, ia bukan alasan untuk kita tidak berwaspada.

Kita harus akui bahawa ketika ini, kita menjalani kehidupan bersama dengan virus COVid19. Partikel berbahaya yang tidak nampak melalui mata kasar. Benar AIDS lebih berbahaya dari semua virus yang ada tetapi  kaedah penyebaran virus COVid19 lebih mudah dan meluas.

Partikel virus COVid19 mampu hidup lama disekeliling dalam bentuk spora, bahkan ada laporan menyatakan ada pesakit yang terkena jangkitan melalui penyebaran spora.

Jika kita mengikut data-data terkini yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian kesihatan Malaysia, kita dapat melihat pola bilangan pesakit yang positif.

Hari ini data menunjukan nilai jumlah pesakit yang positif hanya satu digit, sedangkan hari esok nilai 2 digit manakala hari berikutnya mungkin nilainya 3 digit.

Maka pemboleh ubah sebegini membuktikan bahawa Virus COVid19 masih wujud disekeliling kita. Ia akan terus wujud dalam tempoh tertentu dan panjang. Ia menjadikan risiko berlaku jangkitan masih tinggi.

Apapun rumusan atau jangkaan yang diberikan, kita selaku rakyat Malaysia, harus sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu menjaga penjarakan sosial apabila berada di lokasi tumpuan, sentiasa memakai facemask apabila berada dalam kelompok orang ramai dan sentiasa membasuh termasuk menggunakan sanitizer.

Walaupun kita masih belum berapa lama virus COVid19 akan berada disekeliling kita. Tidak tahu sampai bila harus hidup bersama. Selagi kita jaga sesama kita berdasarkan SOP yang diberikan, in sha Allah kita selamat. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?