SAH JADI HARAM

POLEMIK HUBUNGAN YANG HALAL TIBA-TIBA MENJADI HARAM


Aku sendiri konfius, mengapa tergerak hati ini untuk menulis tentang satu topik yang amat jarang terjadi tetapi pernah terjadi dan ia sangat menyedihkan dan memalukan pada sudut pandangan aku secara peribadi.

Di Malaysia, sekiranya kita sedar atau tidak, kes pembuangan bayi atau kadar kelahiran anak luar nikah semakin meningkat. Ada sahaja laporan berita disampaikan berkenaan dengan kes yang diperkatakan malah ada yang sanggup membunuh anak yang tidak berdosa tersebut.

Apabila jumlah pembuangan bayi tidak sah taraf meningkat, maka pihak berkuasa membenarkan dari sudut undang-undang, para pasangan yang ingin mengambil "anak angkat", boleh memohon di agensi yang berkaitan. Ramai pasangan yang kini sangat bahagia apabila menerima kehadiran orang baru walaupun hanya "anak angkat".

Persoalan mulai timbul difikiran aku, bagaimanakah nanti sekiranya anak itu membesar dan bertemu jodoh dengan seseorang, kemudian tanpa sedar pasangannya merupakan anak kepada ibu dan ayah yang membuang anak tidak sah taraf mereka?. Adakah sah perkahwinan mereka dari sudut Islam?.

Peratusan untuk terjadinya situasi sebegini mungkin rendah tetapi pernah terjadi, bagaimana pula kesan kepada anak-anak mereka kelak setelah mengetahui bahawa ibubapa mereka mungkin tidak boleh tinggal bersama.

Dari sudut yang berbeza, wujud kes yang mana pasangan suami-isteri bercerai dan kemudian hak penjagaan anak-anak dibahagikan, ia bermaksud sang suami mengambil sebahagian anak manakala sang isteri begitu juga. 

Seterusnya hubungan adik-beradik itu terputus kerana penceraian, ditakdirkan satu masa, bertemu namun tidak mengetahui bahawa mereka adalah adik-beradik seterus terjadi perkahwinan yang diakhirnya terpaksa bercerai setelah mengetahui kisah sebenarnya.

Situasi berbeza, pengakhiran sama namun paling dibimbangi kesan jangka masa panjang buat anak-anak kerana aku amat percaya mereka merupakan individu yang paling terkesan berhubung dengan isu ini.

Bagaimana jika terjadi kes ibu menikahi anaknya atau bapa menikahi anaknya?, Ia tidak mustahil terjadi sedangkan wanita lebih berusia ketika ini berkahwin dengan pasangan yang jauh lebih muda darinya. Begitu juga keadaan si ayah, isteri yang sangat muda.

Maka pada pendapat aku, amat penting untuk setiap ibubapa yang mengambil anak angkat atau ibubapa pernah buang anak luar nikah, mengambil inisiatif sendiri menyiasat bakal menantu mereka agak tidak menambahkan kemelut yang sedia timbul.

Mungkin kes yang diperkatakan sangat kecil jumlahnya namun jangan dipandang rendah kesannya kerana ia dibimbangi menjadi masalah sosial jangka panjang dari sepatutnya.

Pada awalnya sebuah perkahwinan itu sah dari sudut syarak tiba-tiba berubah menjadi haram bila mengetahui rahsia yang tidak diketahui kewujudannya. Jangan biarkan ia menjadi kebiasaan kerana kesan pasti tiada siapa ingin mengetahui.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?