Subsidi Elektrik

Setelah sekian lama kemelut isu berkaitan nilai bil bekalan elektrik yang diterima oleh rakyat Malaysia diperbahaskan. Hari ini, kita semua pasti tersenyum lebar apabila pihak kerajaan dan syarikat TNB bersetuju untuk mengumumkan sesuatu yang sangat menarik.

Seramai 4 juta pengguna domestik dengan nilai penggunaan elektrik bulanan dibawah RM77, bakal menerima bekalan secara percuma selama 3 bulan. Bermula dari bulan April hingga Jun yang akan dikreditkan dalam akaun pengguna bagi bulai Julai dalam bentuk rebat.

Bagaimana pula nasib pengguna yang nilai bil melebihi RM77 sebulan?, adakah kerajaan tidak memberi bantuan sama?. Jangan bimbang kerana kerajaan telah memberi subsidi melalui potong sebanyak RM231 bersamaan RM77 bagi bulan April hingga Jun.

Bayaran itu juga akan dikreditkan kembali ke dalam akaun pengguna bagi bil bulan Julai. Bagi aku, pemberian ini amat bermakna rakyat Malaysia ketika ini terutama bagi individu yang berada dalam krisis kewangan.

Sebelum ini, pelbagai keluhan dari rakyat apabila mendapat bil pengunaan elektrik yang melibatkan penggunaan bulan April hingga Jun dengan nilai yang amat mengejutkan, ada mencecah ratusan hingga ribuan ringgit. Pada pendapat peribadi aku, wujud situasi terlepas pandangan sehingga berlaku situasi sedemikian dikalangan masyarakat.

Nilai bantuan PRIHATIN ELEKTRIK TAMBAHAN yang diumumkan pada hari ini oleh pihak kerajaan ialah RM942 juta. Nilai suntikan yang sangat besar demi kesejahteraan rakyat Malaysia yang kini berada dalam fasa pemulihan terutama dari segi ekonomi yang sangat terkesan disebabkan oleh Pandemik yang melanda dunia.

Sejujurnya, aku sangat bersyukur kerana ketika ini, kerajaan yang mentadbir negara ini, sentiasa berada dalam keadaan PRIHATIN kepada rakyat. Aku tidak sebarang kepentingan pada mana-mana pihak, oleh itu apa yang dikongsikan merupakan kata hati yang melihat dan meneliti segalanya.

Kita harus sedar bahawa bukan hanya kita terkesan dengan penularan Pandemik COVid19, bahkan seluruh dunia menghadapi situasi yang hampir sama.

Kelumpuhan ekonomi semestinya terjadi apabila kebanyakan negara termasuk Malaysia terpaksa melaksanakan sistem kawalan pergerakan yang mana rakyat disarankan berada di rumah.

Disebabkan itu, banyak organisasi terpaksa membuat pilihan mengecilkan saiz operasi atau menghentikan terus segalanya. Impaknya bilangan penganggur semakin meningkat.

Bagi aku, apabila situasi dilihat semakin kritikal, langkah kerajaan menyuntik dana, merupakan tindakan yang sangat tepat kerana bagi memulihkan sesuatu yang hampir mati memerlukan masa dan sokongan.

Bayangkan ketika ini, apabila ada sahaja peluang pekerjaan, pasti berduyung-duyung rakyat Malaysia mencuba nasib walaupun gaji yang bakal diperolehi lebih rendah dari pekerjaan dahulu.

Apa yang diumumkan oleh pihak kerajaan Permuafakatan Nasional merupakan satu inisiatif yang sangat diperlukan oleh rakyat ketika ini. Sekurang-kurang dalam tempoh hingga akhir tahun 2020, memberi harapan baru buat rakyat yang terkesan.

Proses pemulihan dari segi ekonomi dan tahap kesihatan, memerlukan kerjasama semua pihak bagi memperolehi kejayaan yang lebih besar. Pada aku, kerajaan pasti akan memainkan peranannya, oleh itu kini rakyat sendiri harus memainkan peranan yang sepatutnya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?