SOP Di Klinik Kesihatan

 Hari ini aku beranikan diri ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan ubat ma yang mana sebelum ini terputus disebabkan PKP.

Aku sampai di Klinik Kesihatan dalam pukul 8.30 pagi, kelihatan begitu ramai pesakit luar sedang menunggu di ruang hadapan pintu masuk. Aku cuba bertanya pada jururawat yang sedang bertugas tentang prosedur untuk tujuan aku datang waktu itu.

Aku harus menjalani saringan suhu terlebih dahulu sambil menjawab soal kaji selidik sebelum dibenarkan masuk menuju ke kaunter pendaftaran.  Bagi memperbaharui temujanji, aku harus bertemu dengan doktor yang bertugas.

Kemudian aku dapatkan buku rawatan milik ma untuk dibawa berjumpa doktor. Ketika sesi perjumpaan, doktor berpuas hati di atas penerangan yang aku berikan.

Prosedur seterusnya mendapatkan bekalan ubat dari farmasi, alhamdulillah tempoh masa yang diambil sangat pantas berbanding waktu biasa. Aku amat memuji SOP yang ditetapkan oleh pihak Klinik Kesihatan tersebut.

Aku keluar dari Klinik dengan senyuman, kelihatan pesakit yang belum berdaftar semakin ramai, waktu menunjukan pukul 9.30 pagi. Apa yang dihajati telah diperolehi, in sha Allah berjumpa kembali pada bulan seterusnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?