RAWATAN SUSULAN



Pada 31 Mei yang lalu, aku mendapatkan rawatan susulan ma di Klinik yang pernah merawatnya sebelum ini, minggu lepas aku terpaksa batalkan hasrat mendapatkan rawatan di klinik yang sama kerana bilangan pesakit terlampau ramai.

Apabila ia berkaitan mendapatkan rawatan, semestinya ia turut berkaitan dengan giliran. Demi menjadi pesakit yang pertama yang bertemu doktor pada hari itu, aku sampai sebelum pintu utama Klinik di buka.

Klinik yang sering merawat ibu, merupakan klinik yang dibuka di kawasan kampung. Ia menjadi pesakit rasa sangat selesa terutama dari segi kemudahan meletak kenderaan dan ruang menunggu.

Apabila orang-ramai mengetahui kemudahan atau keselesaan serta kepakaran doktor yang merawat, semestinya ia sentiasa menjadi tumpuan. Bukan aku sahaja yang awal sampai di klinik tersebut, namun memandang ma berkerusi roda maka dikalangan pesakit yang menanti, beralah untuk membiarkan ibu mendaftar terlebih dahulu.

Konsultasi memakan masa sekejap sahaja kerana doktor sedia maklum punca penyakit yang dihidapi ketika ini sehingga menyebabkan demam panas dan tidak sedarkan diri. 

Kos rawatan pula, bagi aku sangat berpatutan, mungkin ia menjadi salah satu faktor mengapa klinik tersebut menjadi pilihan ramai orang untuk mendapatkan rawatan.

Setiap dari kita pasti berharap agar penyakit yang dihidapi akan sembuh dan tidak akan berulang kembali, namun selaku manusia kita hanya berusaha, segalanya berserah pada Allah SWT jua.

Alhamdulillah, Allah SWT mempermudahkan urusan kami hari itu, maklumlah hari esoknya abang akan mula bekerja kembali, maka agak terhad pergerakan jika melibatkan ma kerana kereta digunakan untuk abang pergi kerja.

Cuma dari segi rawatan susulan di Klinik Kesihatan Kerajaan, rasanya jika mengikut situasi sekarang, terpaksa ditunda dahulu, biar situasi benar-benar terkawal baru kembali mendapatkan rawatan berjadual seperti kebiasaan.

Aku sendiri, jika ikut perancangan ingin mendapatkan rawatan berjadual tetapi setakat ini masih lagi belum kesempatan, bukan sibuk tetapi malas. Umur semakin meningkat semestinya tubuh semakin lemah berbanding sebelumnya.

Sebagai seorang anak, aku ingin berpesan, jangan pandang mudah di atas kesihatan ibu kita, kerana dibimbangi keadaan mungkin telah terlewat untuk diubati andai terlambat mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Wang boleh dicari, tetapi ibu hanya ada seorang sahaja di dunia ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?