Nasib Kontrak

BAGAIMANAKAH NASIB PEKERJA KONTRAK SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM?


Aku terbaca laporan berkaitan rayuan Cuepacs agar pihak kerajaan menyambung semula perkhidmatan pekerja kontrak yang telah tamat dan akan tamat kontrak dalam waktu terdekat.

Pada pendapat aku berhubung isu ini. Pihak kerajaan seharusnya mempertimbangkan rayuan yang dibuat oleh pihak Cuepacs. Asas dokongan aku adalah kerana pengalaman peribadi yang pernah berkhidmat di sektor perkhidmatan awam negara.

Aku merupakan salah seorang pekerja kontrak sektor kerajaan sekitar tahun 2012 hingga 2015, kontrak aku ditamatkan bukan disebabkan prestasi kerja tetapi disebabkan kekangan kewangan Jabatan yang menjadi majikan aku ketika itu.

Berdasarkan pengalaman aku selama 4 tahun, boleh dikatakan sektor perkhidmatan awam sentiasa memerlukan khidmat pekerja kontrak untuk membantu agensi atau kementerian dalam melancarkan gerak kerja yang telah diaturkan sepanjang tahun.

Dari pandangan sudut yang berbeza, pihak kerajaan sebenarnya banyak berjimat dari segi kewangan apabila melantik pekerja kontrak. Bagaimana penjimatan itu boleh dilakukan, elok pihak kerajaan sendiri menilainya kerana keperluan atau kos berbeza setiap masa.

Pekerja kontrak yang aku tahu, boleh dikatakan kebanyakan mereka mempunyai kemahiran multitasking, boleh melakukan apa sahaja tugasan yang mungkin penjawat awam tidak mampu lakukan. Belum lagi isu senioriti, pegawai muda kadangkala tidak ingin mendengar pandangan atau pendapat pegawai bawahan yang lebih senior dari mereka.

Walaupun ada yang menganggap peranan pekerja kontrak tidak sepenting mana, hakikat yang harus terima akibat kecemerlangan yang ditunjukan oleh pekerja kontrak, ada pegawai berjaya mendapat kenaikan pangkat sehingga ke tahap JUSA.

Aku sendiri pernah menyelesaikan banyak perkara yang pegawai tetap tidak mampu selesaikan terutama melibatkan task ad-hoc. Hanya pegawai yang pernah berkhidmat dengan pekerja kontrak sahaja yang tahu kepentingan mereka.

Jika merujuk kes aku, di bulan terakhir aku berkhidmat di kementerian, task yang diminitkan kepada unit sangat banyak, sehinggakan pegawai tertekan, aku membantu setakat termampu dan akhirnya setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Jika ingin berhujah soal mengapa harus sambung kontrak golongan pekerja kontrak, aku boleh dan sambung walaupun terpaksa mengadap Perdana Menteri Malaysia.

Namun cukup melalui medium ini, aku katakan tidak akan rugi jika kerajaan mempertimbangkan agar kontrak pekerja kontrak di sambung.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?