Bila Sekolah Di buka Kembali

Hari ini, sesi persekolahan dibuka kembali setelah hampir 3 bulan tidak beroperasi apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi memutuskan penularan pandemik COVid19 yang bermula pada 18 mac 2020.

Pada pandangan aku, semestinya sesi kali memberi suasana yang berbeza bukan sahaja kepada para pelajar, guru tetapi  kepada ibubapa dan masyarakat amnya.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, selaku pihak yang bertanggungjawab dilaporkan telah menyediakan pelbagai bentuk SOP yang ketat sebelum pembukaan sesi persekolahan pada kali ini.

Difahamkan, hanya para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM & STPM sahaja dibenarkan bersekolah pada hari ini. Ia boleh dikatakan sebagai percubaan sebelum persekolahan dibuka sepenuhnya kepada semua pelajar.

Aku amat pasti, kita semua mengetahui bahawa peperiksaan bagi UPSR atau PT3 dan sealiran denganya bagi sesi 2020 telah dibatalkan. 

Bagaimana penafsiran kedua-dua peperiksaan ini, aku percaya pihak KPM mempunyai mekanisma yang khusus. Kita harus peka bahawa bagi para pelajar tingkatan 3 atau calon PT3, mereka akan memasuki tingkatan 4 tahun hadapan yang mana sistem sedikit berbeza.

Apa yang aku maksudkan dengan berbeza ialah para calon PT3 bakal berada di pelbagai aliran, pertama adakah aliran sains atau sastera. Kedua dalam aliran sains dan sastera turut mempunyai pecahan yang berbeza.

Ketika aku menduduki tingkatan 4 pada tahun 1999, ada dua pecahan dalam aliran sains iaitu kelas sains tulen atau sains perakaunan atau sains teknologi (harus belajar lukisan kejuruteraan).

Cousin aku sendiri merupakan calon PT3, kini masih samar-samar dalam memahami sistem pendidikan bagi menengah atas yang bakal dipenuhi. Aku secara peribadi bimbang jika cousin berada di aliran yang tidak sepatutnya.

Bagi calon peperiksaan UPSR, aku amat yakin tidak akan timbul sebarang konflik atau masalah dalam menentukan hala tuju mereka ketika memasuki peringkat sekolah menengah.

Aku bukan seorang pendidik, aku tidak ariff dalam sistem atau takwim pendidikan, cuma aku yakin segalanya pasti berubah termasuk jaduan pengajaran & pembelajaran di sekolah.

Berkemungkinan jumlah hari sempena cuti sekolah turut dipendekkan dari biasa. Memandangkan para guru & pelajar telah bercuti panjang sebelum ini, walaupun persekolahan dilakukan secara alam maya.

Tempoh 2 minggu pertama selepas sesi persekolahan dibuka semula bakal menjadi penanda aras bagi setiap SOP yang dirangkakan sebelum ini, diharapkan segalanya berjalan lancar.

Sekiranya segalanya berjalan lancar, aku percaya in sha Allah bilangan pelajar yang kembali ke sekolah akan ditambah bergantung kepada keadaan terutama bagi calon peperiksaan UPSR & PT3.

Walaupun pihak KPM telah membatalkan peperiksaan pada tahun ini, tetapi hak mereka untuk dinilai secara seadilnya perlu dilihat dan diperhalusi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?