Bila Perempuan Berbelanja

Aku mungkin telah lama meninggalkan Universiti, tetapi ada kisah yang menjadi kenangan yang kelakar dan mungkin manis pada aku. Di antaranya ialah kisah aku dan kawan baik iaitu Nizam, menemani rakan satu fakulti berjalan-jalan ke Kuala Lumpur, pada hujung minggu. 

Aku tinggal di Kolej kediaman, dalam kawasan Universiti. Oleh itu, apabila hujung minggu, tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Kebanyakan pelajar, akan ke mall yang berdekatan dengan Universiti atau ke Perpustakaan. 

Aku sebenarnya ketika itu, berada di perpustakaan bersama nizam. Tiba-tiba rasa bosan menjelma, aku mengajak nizam balik kolej. Depan perpustakaan ada stesen bas, ketika aku dan nizam melewati stesen tersebut. Kami ternampak kawan perempuan kami sedang menunggu bas.

Aku sekadar bertanya, ke mana mereka ingin pergi. "nak cari tudung", jawab mereka ringkas dan kemudiannya mengajak nizam untuk menemani mereka. 

Nizam pula ajak aku, mengenangkan Nizam seorang dan harus menemani 2 orang kawan perempuan. Aku join sama dengan mereka ke Kuala Lumpur dengan public transport.

Sejak aku belajar di Kuala Lumpur, aku semakin mahir menggunakan pengangkutan awam. Ada pelbagai jenis pengangkutan awam di tawarkan. Bukan hanya bas atau teksi sahaja.

Menggunakan train, kami sampai ke lokasi yang hendak di tuju oleh kawan perempuan kami. Ingat, mereka hanya ingin mencari tudung, manakala kami hanya menjadi ekor mereka sahaja.

Pencarian bermula, selama ini aku hanya menemani ma sahaja membeli barangan. Itupun hanya pasar tani dekat dengan rumah. Maka itu merupakan kali pertama aku menemani kaum wanita membeli barangan mereka.

Mall ada 4 tingkat, jika tidak salah ingatan aku. Hampir kesemua aras atau tingkat menjual pakaian. Bayangkan dari tingkat 4 sehingga paling bawah. Apa yang dihajati oleh kawan kami, tidak dijumpai. 

Pada saat-saat akhir, pencarian seperti akan berakhir namun ditundakan pula kerana harga tidak kena dengan hati. Dari bangunan A beralih ke bangunan B. Aku dan nizam, setia menjadi ekor kawan perempuan kami.

Setelah beberapa minit hingga jam, kami kembali ke tingkat yang awal-awal kami berada. Kami tawaf pula beberapa kali sehinggakan kawan perempuan kami, benar-benar berpuas hati dengan apa yang dihajati.

Akhirnya aku dan nizam dapat pulang ke kolej kembali setelah penat menemani, hanya kawan bukan kekasih hati kerana mereka berasal dari Sabah seorang dan Sarawak seorang. Tambang mahal untuk dijadikan suri hati.

Apa yang pasti, aku belajar sendiri bahawa bukan senang untuk puaskan hati seorang wanita, belum lagi isteri. Nasib baik wang mereka sendiri, aku dan nizam hanya bayar tambang kami sendiri. Malam itu, confirm kami makan maggi sebab budget sudah digunakan untuk meronda sana-sini.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?