SEBUAH TRAGEDI PILU

 PERCUTIAN BERAKHIR DENGAN KEMATIAN


Sesungguhnya dugaan hadir tanpa di minta, firasat seorang ayah menanti kepulangan anaknya berakhir dengan sebuah tragedi mengundang duka tiada penghujungnya. Anak yang dikasihi pergi selamanya.

Hari ini, boleh dikatakan semua platform berita melaporkan berita berkenaan tragedi yang menimpa 4 orang sahabat yang pulang bercuti di Pulau Pinang. Mangsa dikatakan berhenti berehat di salah sebuah stesen minyak sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Punca kejadian ialah keracunan Karbon Monoksida akibat dipercayai kebocoran ekzos kenderaan yang digunakan oleh 4 orang sahabat terbabit. Melalui laporan berita, mangsa dikatakan melalui rakaman CCTV, singgah  membeli makanan di stesen minyak terbabit pada pukul 8.30 malam.

Berdasarkan laporan akhbar bharian. Bapa salah seorang mangsa, cuba mencari mangsa dan rakan-rakan setelah masih belum pulang walaupun waktu menunjukan 11.00 malam. Dalam pencarian itu, bapa tersebut menemui mereka dalam keadaan seperti yang dilaporkan.

Sesungguh tragedi ini sangat menyedihkan kerana keempat-empat sahabat difahamkan sedang menunggu Majlis Konvokesyen mereka. Kesemuanya dilaporkan merupakan pelajar jurusan farmasi.

Aku berharapkan semoga Allah SWT memberi kekuatan buat ahli keluarga mangsa dalam menghadapi dugaan yang sangat berat ini dan tidak disangka-sangka.

Perkara sebegini pasti terjadi lagi jika kita leka atau terlupa kerana aku sendiri sering kali berhenti seketika ketika memandu kerana masalah micro sleep yang dihadapi.

Kes yang sering dilaporkan oleh platform berita adalah kes melibatkan ibubapa meninggalkan anak di dalam kereta, kemudian lupa sehinggakan diakhirnya kesedihan bercampur kekesalan jiwa. Aku percaya bukan itu yang diminta namun selaku manusia, kita sentiasa leka dan lupa sehingga begitu kesudahannya.

Pada pendapat aku, masyarakat turut mempunyai tanggungjawab bersama, jika melihat sebarang keadaan yang mencurigakan maka elok cuba melihat atau bertanya seandai invidu yang berada sekeliling dalam masalah atau tidak.

Kita tidak mampu mengubah apa yang telah terjadi, namun kita mampu membetulkan apa yang bakal terjadi walaupun kita tidak mengetahu bagaimana, bila atau di mana ia bakal terjadi, selagi kita sama-sama jaga kita, In Sha Allah semua dalam baik-baik belaka.

Masyarakat Prihatin, Masyarakat Penyayang.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?