Program Ganti PLKN



Kita sedia maklum bahawa Malaysia, merupakan di antara negara yang tidak melaksanakan program tentera kerahan seperti yang dilaksanakan di Korea Selatan atau Singapura. Namun bagi mewujudkan asas kepada kelompok muda terutama lepasan SPM, Program Khidmat Latihan Negara diperkenalkan. Cuma pengisiannya sedikit berbeza berdasarkan pengalaman saudara terdekat aku yang pernah menjalani kursus PLKN.

Setelah program tersebut dihentikan ketika pentadbiran Pakatan Harapan, kini dikatakan program PLKN bakal dilaksanakan kembali setelah pentadbiran baru dilantik di Putrajaya.

Oleh itu, aku secara peribadi merasakan program PLKN harus diganti dengan program yang baru atau dikemaskini dengan merujuk kepada impak jangka panjang bagi setiap pelatih setelah menamatkan tempoh latihan yang ditetapkan.

Aku mencadangkan agar pihak kerajaan ketika ini, melaksanakan latihan seperti PLKN tetapi di bawah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Cadangan berasaskan kepada kesan jangka masa panjang buat negara dan  para pelatih itu sendiri.

Jika kita melihat kembali kos pelaksanaan PLKN setiap kali sesi pengambilan, pada aku secara peribadi ia sangat tinggi, namun apa impak yang mampu memberi pulangan secara nyata?. Habis sahaja PLKN, alumni PLKN akan menjalani kehidupan seperti biasa.

Sekiranya RELA digantikan, setiap pelatih secara automatik akan menjadi anggota RELA dan di masa akan datang, sumber tenaga dapat digunakan dalam operasi-operasi tertentu yang melibatkan agensi RELA sebagai contoh dekat menjadi FRONTLINER ketika Pandemik COVid19 masih belum berakhir.

Manakala latihan susulan dapat dilakukan bagi setiap anggota yang berminat, kumpulan focus yang diperkatakan adalah lepasan SPM yang berusia 18 tahun ke atas, bagi memastikan pihak kerajaan berusaha memastikan kumpulan sasar ini tidak terjerumus dengan perkara tidak bermoral maka RELA satu pilihan yang baik pada pandangan aku.

Aku mempunyai ahli keluarga yang menjadi alumni PLKN, sepengetahuan aku, hubungan pelatih dengan agensi atau Kementerian yang berkaitan terputus setelah tamat latihan. 

Manakala RELA, seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa RELA sentiasa memainkan peranan penting dalam apa jua isu dalam masyarakat setempat. Perkara ini, pada aku sangat penting dalam pembinaan jati diri para lepasan SPM yang masih muda.

Aku percaya melalui RELA, kerajaan mampu menghapuskan perbezaan yang wujud di antara kaum, mungkin sukar untuk mewujudkan sekolah satu aliran dalam masa terdekat tetapi mampu membina satu pemikiran, jati diri dan semangat kecintaan terhadap negara melalui RELA.

Secara kesimpulan yang mampu aku ungkapkan ialah sekiranya benar ada perancangan mengaktifkan kembali PLKN, maka diharapkan pihak yang berkuasa memikirkan juga kewajaran program RELA menggantikan PLKN.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?