SABAH MEMILIH

ADAKAH PRU KE-15 SEMAKIN HAMPIR SELEPAS PRN SABAH?

Akhirnya saat dinantikan telah tiba, dengan kemenangan berpihak kepada Gabungan Rakyat Sabah dengan memenangi 38 kerusi dari 73 yang dipertandingkan pada PRN Sabah pada kali ini. Secara rasmi GRS membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Persoalan yang bermain di minda rakyat Malaysia ketika ini ialah siapa yang bakal mengetuai barisan kabinet negeri Sabah. Adakah Perikatan Nasional yang diketuai oleh BERSATU atau BN?, harus ingat bahawa kemenangan majoriti mudah merupakan kemenangan yang agak longgar tambahan pula hubungan PN dan BN agak rapuh ketika ini.

Aku lebih tertarik pada ucapan Perdana Menteri ketika berkempen di Sabah, seringkali terungkap bahawa jika PN menang dengan besar, maka PRU akan dipercepatkan dari tarikh yang sepatutnya. Maka adakah benar PRU semakin hampir?.

Dengan kenyataan Presiden PKR sebelum ini yang mendakwa mendapat sokongan kuat dari ahli Parlimen Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri yang baru. Hal ini pada aku, membuktikan keadaan politik negara masih dalam keadaan sangat longgar.

Hanya PRU ke-15 sahaja, dilihat mampu mendorong kestabilan politik dan ekonomi dalam tempoh masa yang lebih panjang ketika dunia masih berperang dengan penularan pandemik covid19.

Ramai para penganalisas politik tanahair memberi komen bahawa PRN Sabah memaparkan hakikat sebenar politik dalam negara ketika ini. Adakah rakyat telah kembali kepada BN atau pengaruh parti komponen PH iaitu Warisan semakin kuat dikalangan rakyat Sabah.

Laporan berita perdana menyatakan bahawa ketika ini, TYT Sabah telah diberi pilihan untuk memilih siapakah bakal menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru. Adakah wakil dari BN atau BERSATU atau PBS atau kembali kepada Warisan.

Aku mendoakan agar segala perancangan atau urusan pelantikan berjalan lancar kerana para ADUN harus kembali fokus dalam soal kebajikan dan pembangunan negeri Sabah secara total.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?