Kisah 24 jam


Alhamdulillah, telinga ini menangkap bunyi alarm dari telefon tangan membuatkan diri ini terus terjaga dari tidur yang panjang, ia menandakan bahawa bermulalah hari baru buat aku.

Setiap hari, aku hanya melakukan rutin yang sama. Belum ada sebarang perancangan untuk hari ini, begitu juga kisah hari kelmarin, berlalu pergi tanpa melakukan yang berfaedah.

Bicara orang bijak pandai, kelmarin adalah sejarah, hari ini merupakan kenyataan dan hari esok adalah sebuah perancangan masa depan. 

Jika gagal kelmarin, hari ini masih boleh diperbetulkan, jika masih gagal jangan risau kerana esok masih ada.

Aku boleh dikatakan seorang yang suka merancang kehidupan yang singkat ini, walaubagaimanapun tidak semua perancangan pasti berjalan mengikut apa yang di impikan. 

Namun salah siapa jika hari bersilih ganti tetapi aku masih sama tidak berubah, mungkin kerana malas untuk berubah atau terlampau selesa dengan apa yang dimiliki buat sementara waktu.

Aku juga suka mencatat sejarah hari ini yang menjadi kelmarin dalam sebuah naskah bernama diari, arwah abah merupakan orang yang suka mencatatkan apa sahaja yang terjadi dalam hidupnya. 

Mungkin disebabkan itu, kegemaran abah kini aku yang mewarisi, mencatatkan apa sahaja yang terfikir diminda selain peristiwa apa yang terjadi pada hari itu.

Setiap manusia pasti inginkan hari ini atau esok menjadi sesuatu yang menarik untuk dikenang, manusia juga sering berusaha untuk melupakan soal kelmarin yang mungkin ada kisah yang duka tidak dirancang.

Lima tahun dahulu, siapa sangka bahawa aku dan abang akan pulang ke kampung pada tahun yang sama sedang ma membeli ikut kadaran seorang sahaja.  

Hari ini kami tinggal bersama, namun esok mungkin hanya aku dan ma sahaja kerana abang kini menanti detik untuk masa depan lebih baik.

Mengapa aku berbicara tentang hari?. Ia suatu yang rapat dengan kita semua sehingga semakin jarang orang menghargai hari yang dilalui dengan sebarang perancangan. 

Kelmarin pasti, hari ini mungkin, esok belum tentu. 

Kelmarin banyak kegagalan aku tercatat, hari ini mungkin meneruskan kegagalan tersebut namun esok berharap kegagalan yang diperolehi mampu diubah menjadi sebuah kejayaan. 

Maklumlah setiap hari yang berlalu, menandakan waktu setiap dari kita termasuk aku untuk balik ke rumah abadi semakin hampir.

Kita sentiasa mengingati soal kelmarin sehingga lupa soal esok maka hari ini berlalu tanpa hasil yang boleh dibanggakan oleh diri sendiri. 

Kelmarin aku bekerja di Putrajaya, kini aku hanya penganggur tegar dan esok aku belum pasti tapi berdoa itu wajib agar esok lebih baik dari seharusnya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?