PRN SABAH: BERI LALUAN

NILAI PERIKATAN ATAU PERMUAFAKATAN



Sabah memilih, apabila terbubar sahaja Dewan Undangan Negeri Sabah, bermulalah proses yang seharusnya dalam menentukan siapa bakal mentadbir negeri Sabah di bawah bayu bagi tempoh yang baru untuk di masa hadapan.

Aku melihat perkembangan semasa terutama dari sudut pihak yang bakal bertanding, seolah-olah wujud 3 blok utama iaitu blok Parti Warisan yang dibantu oleh PH, blok Pakatan Nasional yang diketuai oleh parti BERSATU dan Barisan Nasional.

Bagi blok PN dan BN, mungkin pada pendapat aku, merupakan kerjasama pertama di antara dua blok tersebut, dari 73 kerusi yang bakal dipertandingkan, difahamkan semua pihak bersetuju secara dasarnya walaupun wujud pertindihan. Cuma ada sedikit situasi yang mengecewakan iaitu ketiadaan kerusi buat parti PAS yang menjadi ahli dalam PN dan MN.

Mengapa keadaan sebegini terjadi?, aku bukan ingin menegak benang yang basah, sekadar pemerhati memberi pandangan kerana semua mengetahui bahawa PAS merupakan sebuah parti yang utuh ketika semua rakan sekutu terumbang-ambing selepas PRU ke-14.

Walaupun kepimpinan parti telah mengeluarkan kenyataan bahawa parti memberi laluan buat sahabat dalam MN dan PN bagi PRN Sabah. Ia belum cukup menghilang rasa janggal dengan apa yang terjadi kerana sebelum perbincangan di adakan, PAS telah meminta peruntukan 10 kerusi untuk bertanding.

Akhirnya tiada langsung diberikan sama ada dari pihak PN atau MN, apapun alasan yang diberikan, terpulanglah kepada ahli parti PAS untuk menilainya, cuma aku berharap jangan dikecewakan sekali lagi.

Jika kita mengikuti sejarah, PAS telah bertapak sejak dari 19 Mei 1986. Walaupun secara dasarnya, pencapaian yang diperolehi tidak begitu memberangsangkan, namun jangan dinafikan usaha dan gerak kerja yang dilakukan selama ini.

Apapun PAS telah menyatakan bahawa mereka berkorban dengan memberi laluan buat rakan-rakan PN dan MN, maka rakyat Sabah bakal dihidangkan bicara yang mempunyai pelbagai rasa sebelum waktu memilih tiba.

Bahkan difahamkan, sekiranya PN dan MN menang besar di PRN Sabah, berkemungkinan PRU ke-15 akan dipercepatkan dari waktu yang sepatutnya, mungkin tahun hadapan. Mesti meriah saat itu, cuma adakah sekali lagi PAS memberi laluan kepada rakan PN dan MN dalam PRU ke-15?.

Rasanya aku bukan ahli pada mana-mana ahli parti politik tanahair walaupun pernah memohon atas faktor situasi namun sehingga sekarang tiada satu seperti menerima aku. Maka rasanya aku bebas meluahkan pendapat berhubung isu politik semasa selagi aku jaga hadnya.

Satu perkara harus diperhatikan iaitu dalam dunia politik Kawan boleh jadi Lawan, Lawan boleh jadi Kawan. Sejarah telah membuktikan segalanya cuma tinggal adakah sedar atau tidak tentang kedudukan masing-masing. Jangan sampai pisang berbuah kali ke-3/4.

Kewujudan parti baru seperti PEJUANG dan MUDA, bakal menjadi warna PRU Ke-15, semakin menarik dengan kuasa pengundi muda yang mungkin menjadi pemain utama dalam menentukan siapa bakal mentadbir negara bagi tempoh 5 tahun seterusnya.

Adakah PAS akan memberi laluan terutama di Kelantan, Terengganu atau Kedah?, kita sama-sama nantikan bagaimana kesudahannya nanti, cuma diharapkan kehendak akar umbi harus diambil kira bersama kerana perjuangan itu bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?