Lapar seorang pelajar


Kejadian yang sering terjadi apabila bergelar seorang pelajar adalah sentiasa berasa lapar. Terutama waktu petang atau malam, bagi mereka yang tinggal di asrama yang mempunyai dewan makan, masalah tersebut tidak akan timbul kecuali jenis memilih makanan.

Walaupun kolej ke-3,4 dan ke-7 merupakan kolej kediaman yang mempunyai dewan makan. Setiap kolej mempunyai kafe yang dibuka pada waktu petang hingga malam untuk  para pelajar di luar dan dalam kolej kediaman terbabit.

Pada suatu hari, aku daftar masuk kolej kediaman lebih awal dari biasa. Tiba di kolej kediaman pada waktu magrib, keadaan aku ketika itu sangat lapar dan penat. Dewan makan telah lama tutup, perut meraung minta makanan.

Kafe depan kolej tutup, begitu juga kafe kolej kediaman ke-3 dan ke-4. Aku harus ke mana?, nak berjalan kaki ke kolej ke-12, aku rasa kuat kerana kelaparan terus menekan perut.

Sambil ditemani oleh beberapa orang rakan baik aku, kami menuju ke kolej kediaman ke-10 yang terletak di atas bukit. Bersebelahan dengan kolej kediaman ke-8. Malam semakin gelap, kalau terserempak dengan hantu, aku dah tidak peduli sebab memang sangat lapar.

Bila semakin menghampiri kolej kediaman ke-10, aku nampak lampu menyala di bahagian kafe. Aku tersenyum gembira, namun adakah masih ada makanan?. Kami terus menghampiri dan alhamdulillah ada rezeki untuk aku.

Nasi kosong, telur dadar, sup kosong dan sambal belacan. Menu yang terasa seperti makan di hotel 5 bintang apabila perut mula lapar. Bila kenyang, waktu untuk balik kolej dan tidur.

Bila bercakap soal lapar ini, ia perkara yang kerap terjadi apabila bergelar pelajar. Walaupun telah makan malam pada waktu petangnya, perut pasti kembali berbunyi menandakan lapar kembali hadir. Bagi pelajar yang masih ada wang, burger atau nasi goreng jadi pilihan. Bagi yang tiada, semestinya maggi menjadi pilihan, kadangkala berhutang dengan kawan-kawan yang stok maggi yang banyak.

Aku pernah beli nasi berlauk hanya kuah semata-mata, nasi aku ambil lebih dan kuah campur. Tanpa lauk lain, akhirnya perut yang lapar, kenyang dengan kos yang masih dalam kemampuan poket.

Sesungguh, setiap pelajar berbeza masalah terutama dari segi kewangan tapi kami tetap manusia dan pasti berasa lapar. Aku ada kawan yang bertahan hidup selama seminggu dengan hanya makan sebungkus roti sahaja. Mungkin ramai tidak percaya tetapi itu hakikatnya.

Aku pernah melihat kawan baik, makan maggi berbekaskan baldi disebabkan tiada mangkuk. Maggi pula di biarkan kembang sehabisnya sehingga 2-3 kali kembang dari saiz biasa, makan penuh berselera.

Cuma bagi mereka yang ada pasangan, saat lapar merupakan saat bertuah kerana pasti ada makanan yang ditawarkan oleh pasangan masing-masing. Siswi pasti ada stok makanan kecemasan yang diperlukan oleh teman lelaki mereka.

Lapar bukan perkara yang boleh dibuat main kerana bila lapar, semua menjadi serba tidak kena.





 


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?