SEBELUM DAJAL

 BETAPA MUDAH TERPESONG AKIDAH


Bicara kali ini, aku ingin menyentuh berkenaan dengan pemahaman atau kelemahan minda dan jiwa segelintir Umat Islam ketika ini walaupun mengetahui hakikat dan hakiki kehidupan berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

Sebagai Umat Islam, aku amat yakin bahawa dikalangan kita semua telah mengetahui tentang kehadiran seorang makhluk yang bakal membawa sengsara kepada manusia atau Umat Islam, ia adalah Dajal yang telah dicerita dalam Al-Quran dan Hadis.

Aku berpendapat bahawa ramai yang ingin mengetahui bilakah Dajal itu akan keluar atau menunjukkan dirinya. Ramai yang takut akan fitnah yang bakal dibawa oleh Dajal. Itu bukan pokok penulisan kali ini.

Pelbagai Ulamak atau Ustaz atau ahli Agama berceritakan tentang kedasyatan Dajal yang mampu memesongkan Akidah Umat Islam pada ketika itu, namun pada pandangan aku, tidak perlu membayangkan apa yang bakal terjadi apabila dajal keluar kerana ia telah terjadi ketika ini atau sejak dahulu lagi.

Di Malaysia sahaja, pelbagai Ajaran Sesat yang timbul dengan pelbagai dakyah yang dibawa, dikatakan wujud lebih dari 100 kumpulan ajaran sesat di dalam negara sahaja. Setiap dari kumpulan tersebut mempunyai pengikut yang tersendiri.

Paling mendukacitakan ialah kebanyakan pengikut yang terlibat dengan kumpulan ajaran sesat ini ialah individu-individu yang berlatar belakang pelbagai termasuk kelompok cerdik pandai atau profesional.

Di antara ajaran yang mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan Umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya ialah ajaran Ayah Pin, dikatakan pengikutnya masih taat setia walaupun ayah pin telah lama meninggal dunia.

Belum Dajal keluar, akidah telah terpesong, Iman telah tergadai, Al-Quran dan Hadis telah dilupakan, maka dapat dibayangkan keadaan Umat Islam apabila Dajal keluar nanti.

Fitnah-fitnah yang dibawa oleh manusia yang mengaku Nabi, mengaku Imam Mahdi atau apa sahaja yang berniat memesong akidah Umat Islam, berjaya disebarkan inikan pula Dajal yang di ceritakan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.

Maka, persiapkan diri dan keluarga secukupnya, fitnah kecil kita telah termakan bagaimana fitnah dajal?. Sesiapa sahaja cuba menghidupkan kumpulan ajaran sesatnya, pasti ada yang mempercayai, inikan Dajal yang mampu menghidupkan orang telah mati.

Walaupun dikhabarkan Dajal hidup hanya selama 44 hari yang merujuk hari pertama seperti setahun, hari kedua seperti seminggu dan hari berikut sama seperti hari-hari biasa. Kemusnahan atau kerosakan akidah Umat Islam sangat dasyat sekali.

Kita selaku Umat Islam, tidak perlu memikirkan soal kemunculan dajal kerana ia pasti hadir, pasti menjalankan peranannya, perkara yang perlu kita fikirkan adakah kita bersedia?. Fitnah yang kecil seperti diperkatakan mampu menyesatkan, inikan pula fitnah si Dajal.

Perkuatkan Iman, persiapkan minda dan jiwa, jadikan amalan Sunnah dalam menghadapi Fitnah Dajal itu sebagai rutin wajib harian kita. Selebihnya kita memohon perlindungan dari Allah SWT jua.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?