Masalah Bekalan Air

Minggu ini, topik utama  yang diperbincangkan atau diperbahaskan adalah berkenaan sekali lagi penduduk negeri Selangor mengalami gangguan bekalan air. 

Punca utama berlaku masalah sebegini ialah pencemaran sungai yang menjadi sumber bagi Loji Rawatan Air di Selangor.

Masalah gangguan bekalan air pada aku merupakan masalah glocal, ia pasti terjadi di mana sahaja, bukan hanya di Selangor semata-mata, bahkan di Kelantan sendiri, sering terjadi dan semestinya ia membebankan pengguna.

Apabila berlakunya gangguan bekalan air, 2 perkara pasti terjadi iaitu pertama keluasan kawasan yang terkesan dengan masalah tersebut, merujuk gangguan terkini di Selangor, sebanyak 7 kawasan atau daerah terlibat, hal ini kerana pencemaran yang terjadi melibat 4 Loji Rawatan Air.

Perkara kedua yang pasti berlaku ialah tempoh gangguan terbabit berlaku, merujuk kes yang sama, gangguan bekalan dikatakan bermula pada hari Khamis iaitu 4 September 2020 dan dijangkakan selesai sepenuhnya pada  Ahad bersamaan 6 September 2020.

Tempoh yang sama terjadi di kawasan sekitar Pulau Chondong atau Kok Lanas, masalah gangguan bekalan air dikatakan berpunca dari paip utama yang pecah. Mungkin disebabkan tekanan yang kuat diterima apabila laluan tersebut menjadi laluan utama lori kuari atau pasir sungai.

Persoalan yang bermain di fikiran aku ketika ini ialah sampai bila masalah sebegini harus dihadapi oleh pengguna?, aku melihat keadaan hampir sama dan tiada sebarang usaha untuk mengatasi, hanya menggantikan paip air yang pecah dengan paip baru tetapi sepanjang tempoh penukaran, pengguna yang menanggung beban.

Tahun 2010 / 2011, aku pernah merasa bagaimana perasaan apabila setiap pagi atau petang harus bersedia dihadapan rumah menanti kehadiran lori yang menghantar air. Ketika itu, aku berada di rumah pak cik di Rantau Panjang, Port Klang.

Aku pasti setiap tahun IPTA/IPTS menghasilkan puluhan graduan dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan, agak mustahil jika tiada satu pun mampu memberi idea bagaimana mengatasi masalah gangguan bekalan air?. 

Di antara bekalan elektrik dan air, pengguna atau rakyat sanggup terputus elektrik berbanding terputus bekalan air paip.

Bagi aku, jangan sibuk bercakap soal kecanggihan atau kemajuan bidang-bidang utama jika masalah bekalan air masih lagi sama kaedah untuk mengatasinya. Tahun 2020, bagi aku tahun untuk kita benar-benar berubah ke arah lebih baik dari pelbagai sudut.

Ketamadunan pada aku memerlukan masa untuk terjadi dan paling menyedihkan apabila masa terus berputar tetapi ketamadunan yang diharapkan terus menjadi harapan demi harapan.

Aku terfikir sendirian bila melihat paparan laporan berkenaan gangguan bekalan air di Selangor, bagaimana agaknya jika ia terjadi di kawasan perumahan MB atau Exco negeri?. Bagaimana agaknya reaksi mereka?, rasanya mungkin tempoh gangguan bekalan semakin singkat.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?