Penagihan Dadah

Penagihan dadah merupakan satu penyakit yang pada aku sangat susah untuk disembuhkan dalam masyarakat Melayu terutamanya dan Malaysia secara umumnya. 

Aktiviti penagihan dilihat seolah-olah sebuah warisan yang tiada penghujungnya, setiap tahun jika kita melihat fakta berkaitan penagihan dadah, pasti kita temui senarai nama penagih kian bertambah walaupun telah ramai yang meninggal dunia akibatnya.

Jika kita melihat catatan sejarah tentang bagaimana kewujudan aktiviti penagihan dadah di tanah melayu, aktiviti ini wujud sekian lama bermula dengan kemasukan kaum Cina dari tanah besar yang dibawa oleh penjajah British pada awal abad ke-19.

Ketika itu, hampir 100% cina tanah besar yang dibawa masuk ke tanah melayu merupakan penagih candu, aktiviti tersebut pula dibenarkan oleh penjajah British. 

Lama-kelamaan ia menjadi cancer dalam masyarakat walaupun selepas perang dunia ke-2, aktiviti penagihan candu mula diharamkan sehingga membawa kepada kewujudan Akta Dadah Berbahaya tahun 1952

Pada pandangan aku, ia sudah terlewat, segelintir ahli masyarakat tanah melayu telah rosak jiwa dan akal mereka.

Bahkan bermula 1960-an, berlaku tranformasi dalam penagihan dadah iaitu dari penglibatan kelompok tua kepada kelompok belia, seterusnya dari hanya penagihan candu mula berubah kepada dadah jenis sintetik seperti heroin, morfin atau ganja atau bentuk pil.

Budaya barat termasuk muziknya turut menjadi faktor keadaan penagihan semakin serius kerana ketika itu, hampir kebanyakan artis barat mengambil dadah dan itu menjadi ikutan kelompok belia tanah melayu.

Negara-negara utara Thailand pula menjadi pengeluar dadah utama dan mereka melihat Malaysia sebagai pasaran emas. 

Maka disebabkan itu, pihak penguatkuasa dari dahulu sehingga sekarang gagal mengawal penyeludupan atau penagihan secara total.

Maka tidak hairan jika aku melihat kelompok belia di kawasan kediaman aku, tidak pernah gagal meneruskan legasi sebagai penagih dadah. Sempat beberapa orang yang aku kenali, meninggal dunia akibat overdose penagihan dadah.

Dari kelompok belia, kini meningkat kepada kelompok pelajar sekolah, mengapa?, semestinya permintaan dikalangan pelajar sekolah lebih tinggi kerana mereka sentiasa mempunyai wang yang diberikan oleh ibubapa.

Ibubapa pula waktu ini, oleh kerana sibuk dengan pekerjaan sehingga mempercayai 100% dengan apa yang diperkatakan oleh anak-anak, tanpa mengetahui dengan siapa  menjadi kawan anak-anak mereka.

Malah tangkapan demi tangkapan dilakukan terhadap penyeludup dadah dengan hukuman yang dikenakan ialah GANTUNG SAMPAI MATI, masih tidak menimbulkan rasa takut pada para penyeludup. 

Mengapa?, pada pandangan peribadi aku, ia kerana permintaan yang sentiasa ada di pasaran Malaysia menyebabkan bekalan dadah sentiasa ada walau apapun keadaannya.

Berdasarkan catatan sejarah penagihan dan pengedaran dadah di Malaysia, maka Kelantan yang merupakan negeri yang bersempadan dengan Thailand menjadi pilihan utama pengedar untuk membawa masuk produk mereka.

Tambahan faktor geografi Kelantan, terutama laluan tikus yang terlampau banyak, malah mungkin tidak terduga menyebabkan dalam tangkapan demi tangkapan yang dibuat, pasti ada yang bolos membawa bekalan yang pembeli telah menanti di Kelantan.

Dari Kelantan, pengedaran mula berlanjutan ke negeri-negeri lain, maka keadaan semakin serius sehingga wujud kes anak sanggup bunuh ibubapa demi wang bagi membeli dadah.

Jika dahulu, hampir semua penagih fokus pada penagihan pill kuda, kini aku melihat berlaku berubah selera kepada minuman ketum, siapa kata penagih kita tiada citarasa yang hebat. Air ketum yang dimasak bukan jenis yang pure tetapi campuran pelbagai bahan untuk kesan yang lebih mendalam.

Adakah isu penagihan dadah ini akan selesai di masa hadapan?, jujur aku rasa mustahil kerana sehingga sekarang, keadaan masyarakat setempat merujuk masyarakat Melayu itu sendiri semakin huru-hara sehingga ada anak sanggup memukul ibubapa atau membunuh kerana wang bagi membeli dadah.

Malah para penyeludup berani memberi ancaman kepada para penguasa di sempadan, terutama ketika Operasi Benteng masih dijalankan melibatkan pelbagai agensi.

Bagaimana jika wujud penagihan dalam kelompok profesional?, perkara tersebut tidak mustahil terjadi dan amat membahayakan masa depan negara. 

Terutama penglibatan kalangan mahasiswa, aku pernah dengan khabar-khabar angin bahawa ada segelintir mahasiswa mengambil ganja sebagai ubat untuk belajar lewat malam.

Isu penagihan dadah ini, bagaikan sebagai hikayat yang akan sentiasa wujud selagi dunia belum kiamat, paling penting kerana harus terus berusaha memastikan kesan penagihan di dalam masyarakat tidak mendalam sehingga merosakan segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?